Ngerinya...Wanita Diterkam Buaya Ketika Buang Air Besar.
Seorang wanita menempuh detik mengerikan apabila bahagian belakangnya diterkam buaya ketika berak di sungai Telake desa Sebakung.
Mangsa yang dikenali sebagai Sattinah Binti Suraji 42 tahun, mengalami luka koyak di bahagian punggungnya sepanjang lebih 15cm.
Menurut saksi, Muryansyah 27 tahun, anak pertama mangsa. Ibunya itu dilihat membuang air besar di tepi sungai berkenaan, dan itu bukan pertama kali dilakukan oleh ibunya.
Tak lama selepas itu dia melihat ibunya dalam keadaan bergelut dengan seekor buaya sebelum terjun ke sungai untuk menyelamatkan ibunya itu.
Menurut keterangan mangsa, selepas dia membuang air besar dan mahu membersihkannya, tangannya terpegang sesuatu dan ketika menoleh ke belakang dia terkejut dan buaya berkenaan terus menggigit punggungnya.
Katanya dia cuba melawan dan beberapa kali terjatuh sebelum berjaya diselamatkan oleh anak lelakinya itu.
Mangsa yang dalam keadaan hampir lemas dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan.
Menurut isu yang tersebar di kampung itu, semenjak minggu lalu, terdapat gangguan buaya di sekitar pinggiran sungai Telake.
Sementara hasil tinjauan selepas kejadian itu, buaya yang dipercayai menggigit wanita itu masih kerap muncul di lokasi kejadian.
Sumber
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2C8s10V
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment