Hi! Welcome Back and Stay Tune! Garmin Vivofit 4 Hadir Dengan Sokongan Bateri Bertahan Sehingga Setahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Garmin Vivofit 4 Hadir Dengan Sokongan Bateri Bertahan Sehingga Setahun

Garmin sedia mempunyai beberapa peranti boleh-pakai memfokuskan kecergasan, dan terkini mereka memperkenalkan versi terbaru untuk gelang tangan pintar mereka, iaitu Vivofit.

Vivofit 4 hadir dengan rekaan yang lebih moden berbanding generasi sebelum ini, dan menariknya Garmin dilihat memfokuskan kepada sokongan bateri bersama dengannya – mengatakan ia menawarkan masa bertahan bateri sehingga setahun lamanya. Perkara ini dijayakan melalui penggunaan bateri bulat yang boleh digantikan pengguna selepas ia habis digunakan.

Disamping itu, gelang tangan pintar ini turut menyertakan sejumlah ciri-ciri untuk memantau kecergasan – termasuk ketika berenang, sokongan integrasi ke jam tangan melalui Garmin Connect, dan juga skrin berwarna bersama dengannya. Pengguna turut boleh mengubah tali gelang tangan pintar ini mengikut corak kesesuaian yang diminati – dan seperti biasa perlu dibeli secara berasingan.

Garmin Vivofit 4 ini ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini pada harga $79.99 iaitu sekitar RM327.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zvWBia

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.