Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gosip Hamil, Akhirnya Ozlynn Buat Kenyataan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gosip Hamil, Akhirnya Ozlynn Buat Kenyataan

gosip hamil akhirnya ozlynn buat pendedahan

Kredit foto: intrend.com.my

Mengesahkan sudah hamil anak kelima, pelakon Ozlynn menganggap ia satu anugerah besar buatnya.

Ozlynn atau nama sebenarnya, Rozlinawaty Ismail, berkata, dia menyedari perubahan pada dirinya sejak penyertaan dalam program Super Spontan Superstar (SSS) 2017.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dikurniakan rezeki yang tidak ternilai ini.

“Kandungan saya kini sudah hampir lima bulan pun dan dijangka bersalin pada penghujung bulan Mei atau Jun 2018,” kata isteri kepada pelawak Johan ini. 

Sementara itu, apabila ditanya adakah dia mengetahui berita kehamilannya dicanangkan dalam sebuah portal gosip sebelum ini, Ozlynn mengiyakannya.

“Ya, saya tahu mengenai video ‘baby bump’ saya diviralkan, tapi kawan-kawan yang bagi," katanya.

Ozlynn bagaimanapun berkata, dia enggan mengulas gosip itu sebelum ini kerana ingin memastikan kandungannya betul-betul selamat.

“Namun saya tidak memberi sebarang reaksi atau kenyataan kerana tidak mahu menghebohkan tentang perkara tersebut sehinggalah kandungan saya betul-betul stabil,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ozlynn mendedahkan dia sedang dalam persiapan untuk bercuti di Jepun bersama keluarga.

“Yang sebetulnya saya pergi bekerja di sana, tetapi alang-alang saya bawa anak-anak sekali," beritahunya.

Tambahnya, peluang itu harus direbut memandangkan dia sering kesuntukan masa untuk bersama keluarga.

“Nak cari hari bercuti agak sukar kerana sibuk dengan penggambaran, jadi saya ‘curi masa’ sikit,” katanya lagi.

Sumber berita: Astro Gempak


✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2E3J1pP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.