Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembangkang Dihentam Kerana Cuba Mengaitkan PM Dengan Skandal Tanah Felda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembangkang Dihentam Kerana Cuba Mengaitkan PM Dengan Skandal Tanah Felda






Tulisan asal oleh:
Malaysia Today, 27 Disember 2017

(NST) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh diseret ke skandal pemindahan hak milik tanah FELDA, kata ahli jawatankuasa eksekutif Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin, pada Selasa.

Beliau menjelaskan bahawa Felda, khususnya anak syarikatnya Felda Global Ventures Holding Sdn Bhd (FGV), adalah agensi yang mempunyai struktur pentadbirannya sendiri dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya.

"Ianya tidak patut untuk melibatkan Perdana Menteri kerana FGV adalah badan korporat yang mempunyai lembaga pengarah, ketua pegawai eksekutif dan pengurus besarnya sendiri.

"Semua yang dilantik adalah mereka yang mampu, dan mereka juga mempunyai pengerusi sendiri," tambah Nazir.

Beliau mengulas mengenai usaha berterusan oleh pihak berkaitan pembangkang untuk mengaitkan Najib dengan skandal itu.

Nazir berkata agensi yang mengamalkan tadbir urus yang baik biasanya akan merujuk kepada ketua pegawai eksekutif, lembaga pengarah dan pengerusinya untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul.

"Kami berharap orang ramai sedar akan perkara ini, dan nampak bahawa pembangkang akan sentiasa cuba untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan sebarang skandal dan menyalahkannya untuk segala-galanya. Malah, mereka akan cuba untuk menyalahkannya kerana ribut petir dan banjir.

"Kita perlu adil dan menilai perkara itu dan bukan hanya menyalahkan sahaja Perdana Menteri," katanya.

Nazir berkata beberapa portal berita dalam talian telah memetik para pemimpin pembangkang yang mengaitkan Najib dengan skandal itu, walaupun ia merupakan isu dalaman Felda.




Link asal artikel: 
http://ift.tt/2zEOWOC

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2C3JRWk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.