Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib sedia kembalikan hak Sarawak terhakis dalam MA63 demi kebaikan M’sia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib sedia kembalikan hak Sarawak terhakis dalam MA63 demi kebaikan M’sia

KUCHING: Untuk menjadi Malaysia yang kuat, hak Sarawak mesti diiktiraf dan tiada masalah mengembalikan hak terhakis seperti termaktub menurut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan beliau komited memenuhi hasrat rakyat Sabah dan Sarawak mendapatkan hak berkaitan MA63.

Najib yang juga Pengerusi BN Pusat menegaskan dengan sokongan berterusan rakyat Sarawak kepada BN, beliau percaya hak yang dituntut adalah untuk kebaikan Malaysia sendiri.

Rundingan diteruskan dan tidak melebihi “garis merah” serta tidak berkaitan dengan isu berkaitan pemisahan Sarawak dari Malaysia.

Foto Dr Sim Kui Hian

Berucap merasmikan penutupan Persidangan Perwakilan Tritahunan (TDC) Ke-24 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian di Ibu Pejabat SUPP pada Sabtu.

Najib berkata, BN mempunyai agenda unggul yang terbukti memberi faedah kepada rakyat.

“Saya mahu Sarawak membangun seimbang dengan yang lain,” dan beliau menambah kerjasama sangat rapat di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri baharu.

Pada majlis tersebut, Najib meluluskan permintaan Presiden SUPP memindahkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bako.

Najib turut mengumumkan sumbangan 50 peratus dana Kerajaan Persekutuan untuk tabung Yayasan Kewangan Mikro Bandar Sarawak kendalian SUPP.

Difahamkan, 50 peratus lagi tabung berkenaan disumbangkan oleh Kerajaan Negeri. – Sarawakvoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2E5qA3S

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.