‘Pura-Pura Mati Untuk Selamatkan Diri’. Bapa Mengamuk Libas Isteri & Anak Usia 12 Tahun Dengan Parang Hingga Cedera Parah Di Perut Dan Menerima 15 Jahitan..
LUMAJANG, INDONESIA: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun hampir menjadi mangsa amukan ayahnya sendiri dalam insiden bunuh di sebuah rumah di Lumajang, Indonesia pada Sabtu malam lapor .
Kanak-kanak itu, Khoiriyah, terselamat setelah dia pura-pura mati walaupun mengalami luka parah di perut setelah dilibas ayahnya dengan parang.
Namun, nasib tidak menyebelahi ibu kanak-kanak ini, Kholihaf, 35 tahun, apabila menjadi mangsa korban suaminya sendiri yang tiba-tiba mengamuk dalam kejadian menyayat hati itu, malam tadi.
Lelaki tersebut, Mujiano, 40 tahun, kemudian bertindak membunuh diri menggunakan parang sama yang digunakan untuk membunuh dan mencederakan isteri dan anaknya.
Khoriyah yang berjaya keluar dari rumah pagi Ahad meminta pertolongan penduduk berdekatan sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Menurut laporan portal Indonesia, Mujiano dipercayai sudah lama mengalami gangguan jiwa, kemurungan dan tertekan, namun tidak diketahui punca yang menyebabkan dia bertindak demikian terhadap anak dan isterinya.
Penduduk yang berkejar ke rumah Mujiono menemukan dua jasad bersimbah darah dengan kesan luka di tubuh.
Sementara itu, Khoiriyah dilaporkan masih trauma namun berada dalam keadaan stabil setelah menerima 15 jahitan di perutnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Dn61yX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment