Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jika Mahu Kulit Cantik, Amalkan Sapu Vaseline Sebelum Tidur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jika Mahu Kulit Cantik, Amalkan Sapu Vaseline Sebelum Tidur

Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza dalam menjaga kesihatan diri, dari penjagaan rambut sehinggalah kaki. Bagi sesetengah orang, untuk memiliki rupa yang cantik dan kulit yang sihat, anda perlu mengeluarkan kos yang banyak.

Tetapi jika anda tahu bagaimana untuk manfaat sesuatu produk, ataupun daripada bahan semulajadi, anda tidak perlu habiskan ribuan ringgit pun untuk mendapatkan kulit yang cantik.

Kita semua tahu Vaseline merupakan produk penjagaan kulit yang mengagumkan dan sememangnya boleh dipercayai, ianya mampu merawat pelbagai jenis masalah kulit.

Sesi 10 minit sebelum tidur sediakan bahan-bahan ini,

-1 bekas Vaseline Petroleum Jelly
-1 losyen badan Vaseline

Sebenarnya bahan-bahan ini mampu menyelesaikan beberapa masalah yang kerap menganggu anda. Jom kita lihat.

Anda Kerap pakai maskara?

Jika anda seorang wanita yang sangat gemar memakai maskara, apa yang paling merimaskan adalah apabila anda mahu mencucinya, jika tersalah cuci, mata anda akan menjadi hitam. Dengan Vaseline masalah itu boleh datasi. malah dengan Vaseline akan membuatkan bulu mata anda akan menjadi lebih lebat dan cantik secara semulajadi.

Solusi: Sebelum tidur, ambil sedikit Vaseline Petroleum Jelly dan sapu nipis di helaian bulu mata. Jangan terlalu tebal, nanti melekit pula disekitar kelopak dan bawah mata.

Hasil: Bulu mata semakin lebat, tebal dan bila tanggalkan maskara memang jarang bulu mata tercabut. Paling best, helaian bulu mata semakin lebat.

Masalah siku hitam

Solusi: Seperti biasa, sapukan Vaseline Petroleum Jelly di kedua-dua belah siku anda. Sapu sehingga kulit menyerap produk.

Hasil: Bila bangun tidur esok paginya, memang rasa kulit dibahagian siku lebih lembut dan licin. Setelah dua minggu, anda akan dapat lihat kulit siku pun lebih cerah.

Lipstik lebih tahan lama

Solusi: Seperti biasa sapu Vaseline Petroleum Jelly di bibir selepas selesai semua rutin penjagaan wajah.

Hasil: Bila anda hendak pakai lipstik keesokannya memang mudah sahaja, bibir lebih lembut dan licin. Kesan pemakaian lipstik pun tahan lebih lama.

Selamat mencuba!

Sumber: Ciklee.club

The post Jika Mahu Kulit Cantik, Amalkan Sapu Vaseline Sebelum Tidur appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zPR3zg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.