Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tujuh Pemancing Dikhuatiri Hilang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tujuh Pemancing Dikhuatiri Hilang


Tindakan sekumpulan lelaki turun ke laut untuk memancing ikan dalam keadaan cuaca buruk mengundang padah apabila tujuh daripada mereka dipercayai hilang dan dihanyutkan di sekitar perairan Pulau Labuan di sini awal pagi kelmarin. 

Difahamkan bot pancing berwarna merah dan putih serta berukuran 29 meter x 4.5 meter yang dinaiki tujuh pemancing terbabit karam di kedudukan lebih kurang 97 batu nautika dari barat laut pulau tersebut kira-kira pukul 3 pagi.

Bagaimanapun, lima peman­cing dikenali sebagai Sibar, 26, Musimal, 19, Ridzmal, 21, Azmer, 31, dan Algapal, 31, yang menaiki sampan berasi­ngan terselamat selepas menghampiri kapal penghantar barang, MV Executive Balance di perairan tersebut.

Kru-kru MV Executive Balance kemudian membenarkan mereka mendapatkan perlindungan daripada cuaca buruk di atas kapal itu.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Muda Ma­ritim Datuk Mohd. Zubil Mat Som memberitahu, sebelum kejadian kesemua mangsa yang dipercayai mempunyai hubu­ngan kekeluargaan itu dilaporkan meninggalkan Pulau Gaya, Sabah dan menuju ke laut de­ngan menaiki sebuah bot pancing.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BZReKh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.