Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tikam gadis 45 kali, remaja 15 tahun terlepas hukuman gantung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tikam gadis 45 kali, remaja 15 tahun terlepas hukuman gantung

Tikam gadis 45 kali, remaja 15 tahun terlepas hukuman gantung|Remaja lelaki berusia 19 dan 15 tahun didakwa di Mahkamah Masjistret Temerloh, hari ini, terhadap pertuduhan membunuh gadis berusia 14 tahun pada 25 Oktober lalu.

Tertuduh, Zamirul Aliff Mohd Zaki yang juga pelajar kolej dan seorang lagi masih bersekolah didakwa membunuh Nur Amira Abdullah pada tarikh itu di ladang kelapa sawit di tepi sungai Triang Estate, Bera, antara 1.10 pagi hingga jam 3.30 pagi.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan Zamirul boleh dikenakan hukuman mati.

Bagaimanapun, remaja lelaki berusia 15 tahun terlepas daripada hukuman berkenaan kerana masih di bawah umur dan dia boleh dikenakan sebatan, denda atau ditahan di sekolah khas mengikut Seksyen 91 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh terbabit yang berasal dari Bera selepas kertas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Najwa Hashim.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustaffa manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes itu pada 24 Januari tahun depan bagi menunggu hasil laporan kimia dan bedah siasat.

The post Tikam gadis 45 kali, remaja 15 tahun terlepas hukuman gantung appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BVCqfG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.