Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Whitey Dah Macam Ahli Keluarga Kami’ – Azharina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Whitey Dah Macam Ahli Keluarga Kami’ – Azharina

Azharina binti Azhar  atau lebih dikenali sebagai Azharina merupakan seorang penyanyi pop Malaysia yang memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia sejak 2001. Beliau popular melalui lagu ‘Elegi Sepi’. Beliau menjauhkan diri dari bidang seni selama setahun setengah selepas menjadi Juara Bintang RTM 2001 untuk fokus pada pelajaran dan menduduki peperiksaan SPM di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

Azharina dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza (musim 3) (GV 3) yang diadakan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada 4 Disember 2016 dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi.

Bekas juara Gegar Vaganza (GV) 3 itu jugamengakui sanggup berhabis untuk kucing kesayangannya, Whitey. Kucing adalah teman rapat manusia, sesiapa yang sangat menyayangi haiwan itu sudah pasti sanggup menghabiskan ribuan ringgit bagi menjaga kesihatan haiwan kesayangan mereka.

Mula memelihara Whitey sejak 7 tahun lalu, Azharina berkata dia sudah menganggap haiwan tersebut sebagai sebahagian ahli keluarganya.

“Saya ambil Whitey sejak ketika dia masih bayi, jadi kalau Whitey tiada bersama kami, rumah ini akan sunyi.

“Saya juga akan lakukan apa sahaja untuk kebaikan Whitey,” katanya kepada Astro Gempak.

Menariknya, ada cerita disebalik pemilihan nama kucing baka Parsi itu.

“Saya pilih ‘Whitey’ sebab ketika dilahirkan dia warna putih. Tapi yang sebenarnya nama panjang Whitey ialah ‘Whitey Bentley Rolls Royce’

“Bentley dan Rolls Royce dua kereta idaman saya, disebabkan tak mampu beli, letaklah pada kucing,” katanya ketawa.

Tambah Azharina lagi, dia sangat menitik beratkan tentang kebersihan dan pemakan kucing kesayangannya itu.

“Saya tidak kisah kalau orang nak kata saya cerewet, sebab apa yang saya lakukan adalah untuk si comel kesayangan saya.

“Kebersihan dan pemakanan merupakan dua perkara yang paling saya utamakan sejak bersama Whitey tujuh tahun lalu.

“Saya juga akan bawa Whitey ke cat spa dan membuat pemeriksaan berkala untuk memastikan dia sentiasa gembira dan berada dalam keadaan yang baik,” katanya.

Tambah Azharina lagi makanan kegemaran Whitey ialah makanan laut, terutamanya ikan tuna.

“Selalunya saya beri dia makan tuna sebab itulah yang paling dia suka. Selain tuna, Whitey juga suka makan makanan laut lain lebih-lebih lagu kalau yang segar.

“Uniknya Whitey, dia juga suka makan bebola cheese!”, katanya.

Bagaimana mahu memastikan kucing anda mendapat zat yang secukupnya dalam menu harian mereka?

Apa kata, berikan si comel anda makan makanan yang berkhasiat seperti Powercat, kerana selain halal ia juga didatangkan dalam kualiti premium dan menyihatkan!

Powercat juga menggunakan ikan segar, tanpa pengawet, tanpa pewarna, penuh dengan khasiat serta vitamin dan yang paling penting ia produk keluaran bumiputera.

Bercakap mengenai GV 4, Azharina memilih empat nama yang dijangka bakal ke pentas akhir, Ahad depan.

“Semua peserta bagus tetapi empat nama ini saya rasa mempunyai potensi yang besar untuk bergelar juara.

“Saya jangkakan Liza Hanim, Aishah, Lan Kristal dan Hazami akan kekal sehingga final GV 4 kerana mereka sangat bagus dan konsisten dalam persembahan setiap minggu.

“Liza Hanim dan Aishah kita tahu mereka mempunyai vokal yang sangat bagus. Hazami pula bijak mengawal projection suaranya.

“Manakala Lan, merupakan peserta underdog yang sering memberikan persaingan dan menunjukkan peningkatan setiap minggu,” ujarnya.

The post ‘Whitey Dah Macam Ahli Keluarga Kami’ – Azharina appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CbmDNZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.