Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penemuan terkini: Gua Niah didiami manusia 45 ribu tahun lalu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penemuan terkini: Gua Niah didiami manusia 45 ribu tahun lalu

MIRI: Sekumpulan pakar arkeologi kini berada pada fasa pertama kajian untuk membuktikan Gua Niah telah didiami oleh manusia sekitar 40 ke 45 ribu tahun dahulu.

Penemuan tersebut dilakukan oleh  pensyarah University New South Wales, Sydney, Profesor Madya Dr Darren Curnoe dan kumpulannya, sewaktu menjalankan kerja-kerja eskavasi selama tiga minggu di Gua Traders di Kompleks Gua Niah, baru-baru ini.

Yang turut menyertai eskavasi termasuklah Timbalan Pengarah Muzium Sarawak, Dr Charles Leh dan Ketua Bahagian Arkeologi jabatan tersebut, Mohd Sherman Sauffi.

“Jika disahkan, penemuan ini mengatasi penemuan bapa arkeologi Sarawak, Tom Harrison yang menjumpai ‘Deep Skull’ pada 1958.

“Deep Skull’ dipercayai berusia sekitar 35 ribu tahun, menjadikan kawasan ini diiktiraf sebagai penempatan tertua di Malaysia, sebelum penemuan Lembah Mansuli di Sabah, secara tidak sengaja pada tahun 2003.

Terdapat lebih seribu perkakasan batu ditemui di Lahad Datu itu, yang kemudian dikenal pasti berusia lebih 235 ribu tahun, menyamai era Palaeolithic.

Penemuan Harrisson direkodkan pada tahun 1958, dengan tempoh eskavasi berlangsung selama 13 tahun, bermula pada 1954, lebih 100 tahun selepas ia disebut oleh Alfred Russel Wallace dalam jurnalnya pada 1855.

Dalam eskavasi lanjut di bahagian West Mouth kompleks gua itu, Harrison dan isterinya Barbara telah menemui 270 set tulang manusia yang dipercayai dari era Neolithic, yang berusia sekitar 2,000 ke 4,000 tahun.

Menurut Curnoe, selama tiga minggu itu, mereka telah berjaya menggali sedalam dua meter dan percaya telah menemui sejarah peradaban manusia berusia lebih 20 ribu tahun.

“Ini dibuktikan dengan penemuan tulang manusia, bangkai mamalia gergasi (kemungkinan rusa dan lembu liar) dan cengkerang tiram laut yang membuktikan telah wujudnya budaya memakan makanan laut pada waktu tersebut.

“Turut ditemui peralatan berburu dan memasak daripada batu dan batu karang.”

Kata Curnoe, pihaknya kini sedang melaksanakan beberapa ujian lanjut selain “carbon dating” bagi mengesahkan penemuan tersebut.

“Jika ujian ini berjaya dan terbukti, ia adalah satu ‘jumpaan bersejarah’, yang akan menggalak dan memotivasikan eskavasi berterusan pada masa hadapan,” kata Sherman ketika dihubungi sebentar tadi. – Sarawakvoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BV2447

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.