Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Kalau Nabil, Mesti Nak Menyampuk Dan Suka Buat Lawak Bodoh” – Netizen Puji Awal Ashaari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Kalau Nabil, Mesti Nak Menyampuk Dan Suka Buat Lawak Bodoh” – Netizen Puji Awal Ashaari

Beberapa episod MeleTop menampilkan pengacara baru, Awal Ashaari yang menggantikan Nabil Ahmad mendapat maklum balas positif daripada netizen.

Gandingan tersebut nampaknya mendapat tindak balas penonton. Rata-ratanya mengatakan bahawa mereka suka Awal Ashaari mengendalikan program itu.

Cara Awal yang bersahaja dan tidak terlalu ‘over’ membuatkan penonton berpuas hati jika dibandingkan dengan Nabil. Ada peminat rancangan tersebut mahu dia kekal sebagai pengacara program berkenaan.

Awal ketika ditemu bual Harian Metro memberitahu bahawa dia hanya menjalankan tanggungjawabnya yang diberi oleh pihak pengurusan MeleTOP.

“Ketika ditawar menggantikan Nabil pada episod semalam, saya terus bersetuju. Pada awalnya risau juga sebab program ini sinonim dengan Nabil. Saya bimbang jika ada yang membandingkan kami dan saya menjadi diri sendiri. Alhamdulillah, pihak penerbitan suka dan puas hati dengan penampilan saya. Tidak sangka peminat juga memberikan maklum balas sama. Terima kasih atas sokongan semua,” katanya.

Malah Awal turut akui akan menyahut perlawaan jika dipanggil utnuk mengacarakan program itu pada masa akan datang.

“Kalau mereka suka dan sudi panggil lagi, saya tiada masalah. Jika kebetulan tawaran itu tidak bertembung dengan jadual kerja lain, saya boleh saja. Apa saya boleh katakan, program ini meriah dan lain daripada kebanyakan program hiburan sedia ada. Sesekali buat perkara baru menarik juga,” tambahnya lagi.

Seperti biasa, ada juga netizen yang membandingkan dia dan Nabil dari segi skill dan bakat profesional dalam bidang pengacaraan.

Tanpa perlu buat lawak bodoh dan menyindir, inilah pengacara sebenar.

 

Nampaknya ada yang menyindir Nabil!

Neelofa dikatakan tenggelam kerana Awal Ashaari.

Sumber: Mediamassa.press

The post “Kalau Nabil, Mesti Nak Menyampuk Dan Suka Buat Lawak Bodoh” – Netizen Puji Awal Ashaari appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zNOv4x

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.