Hi! Welcome Back and Stay Tune! 9 Rumah Rosak Akibat Ribut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

9 Rumah Rosak Akibat Ribut

BAGAN SERAI – Sebanyak sembilan rumah rosak di bahagian bumbung akibat dilanda ribut di Kampung Parit 1, 2 dan 3, di sini, semalam.

Ketua Kampung Parit 2, Ridzuan Jamaludin, 47, berkata dalam kejadian pada 4.20 petang itu, kesemua rumah berkenaan mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung selepas atap zink diterbangkan angin puting beliung.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima lawatan Anggota Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang meluang masa menemui mangsa ribut di sini hari ini.

Sementara itu, Noor Azmi berkata pihaknya telah memperuntukkan sebanyak RM50,000 untuk membaiki sembilan rumah berkenaan selain menyampaikan sedikit wang tunai dan beras kepada mangsa. “Kita peka dengan kerugian dialami mangsa dan sedia membantu untuk meringankan beban mereka,” katanya.

Seorang penduduk, Peah Osman, 86, berkata ketika kejadian dia sedang tidur di ruang bawah rumah dua tingkat kerana demam.

“Saya sedar apabila dengar bunyi angin kuat dan selepas itu mendapati bahagian bumbung rumah saya diterbangkan angin. Atap zink rumah saya itu baharu sahaja diganti beberapa bulan lalu,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Dojmbl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.