Hi! Welcome Back and Stay Tune! MotoGP 2018 : Semua Sut Pelumba WAJIB Ada 'Airbag' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MotoGP 2018 : Semua Sut Pelumba WAJIB Ada 'Airbag'


Sebagai langkah keselamatan tambahan, Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) menysaratkan setiap pasukan yang akan bertanding pada kejohanan MotoGP bagi musim 2018 harus menyediakan sut dilengkapi sistem beg udara kepada semua 'rider'.

FIM mewajibkan semua penunggang untuk semua kelas - Moto3, Moto2 dan MotoGP - perlu mengenakan sut dilengkapi sistem keselamatan tersebut termasuk pelumba 'wildcard' yang berlumba lebih daripada 2 pusingan.

Memetik portal sukan perlumbaan permotoran, MotorTv.my, sistem beg udara tersebut haruslah dikenakan pada sut pelumba sahaja, bukannya dibahagian jentera.

Ianya juga mestilah berfungsi pada setiap pusingan perlumbaan.

Perlindungan pula sekurang-kurangnya meliputi bahagian tulang selangka dan bahagian bahu, tetapi pihak pasukan boleh menambah perlindungan tambahan dibahagian dada dan belakang pelumba sekiranya mereka mahu.

Lapor MotorTv.my, setiap sistem beg udara wajib lulus ujian penilaian bagi memastikan ianya mengikut garisan panduan kelulusan yang dibenarkan.

Ujian tersebut untuk memastikan beg udara hanya berfungsi ketika berlaku perlanggaran atau kemalangan demi mengelakkan beg udara yang tidak sengaja terkeluar (malfunction) ketika berlumba.

Sistem keselamatan tambahan ini merupakan naik taraf sistem keselamatan tambahan kepada pelumba berikutan ada pelumba yang cedera parah apabila terlibat dalam kemalangan.

Terdapat juga kemalangan maut sepertimana terjadi kepada pelumba MotoGP dari pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli di Litar Antarabangsa Sepang pada tahun 2011.

Naik taraf sistem keselamatan ini merupakan sepakat antara FIM, Persatuan Pasukan Perlumbaan Antarabangsa (IRTA) dan pemegang hak penganjuran MotoGP (Dorna) yang mahu memastikan keselamatan sukan permotoran dipertingkatkan dari semasa ke semasa. - MalaysianDigest


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2D4LAep

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.