Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Ini Alami Sesak Nafas Dan Meninggal Dunia 19 Hari Sebelum Diijabkabul Akibat Terhidu Asap Rokok Orang Sekeliling.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Ini Alami Sesak Nafas Dan Meninggal Dunia 19 Hari Sebelum Diijabkabul Akibat Terhidu Asap Rokok Orang Sekeliling..



Kehilangan tunang tercinta menjelang hari pernikahan mereka merupakan kenangan pahit yang sukar dilupuskan dari kotak ingatan seorang gadis yang berasal dari negara Indonesia.

Della Nurmayanti telah bertunang dengan lelaki pilihannya, Fajar Saputra, 24, setelah selama tujuh tahun mengenali dan menjalinkan hubungan cinta. Pasangan ini sepatutnya berkahwin pada 6 Januari lalu, namun Fajar pergi menghadap Ilahi pada 19 Disember lalu.



Kisah duka ini dikongsikan menerusi sebuah akaun Facebook yang menggunakan nama Dewi Sartika.

"Berhenti merokok berdekatan dengan mereka yang tidak merokok! Perokok pasif lebih berbahaya berbanding perokok itu sendiri!" luah Dewi Sartika di laman Facebooknya pada 30 Disember lalu.

Satu tahun lebih dia berjuang dan bertahan tetapi akhirnya dia meninggal dunia akibat asap rokok yang dihidu dari perokok. Allah lebih sayangkan dia, Allah juga mungkin sayangkan saya dan tidak mahu saya bersedih melihat dia sakit.




Setiap malam dia terbangun menahan dadanya yang terasa sesak nafas. 19 Disember lalu, dia menghembuskan nafas terakhir, 19 hari sebelum dia sempat mengikrarkan janji suci itu (hari pernikahan). Ya, 6 Januari 2018 di mana dia akan berjani di hadapan Allah dan menjabat tangan ayah saya, mengucapkan ijabkabul itu.


Tujuh tahun saya menunggu dan menyangka ini semua hanya mimpi buruk. Tetapi apabila terbangun, saya terpaksa menerima kenyataan yang menyakitkan ini.



Kalau awak rindu, datang ke mimpi saya. Malam tadi awak tak datang jenguk saya dalam mimpi.

Selamat jalan kekasihku, terima kasih kerana pernah menemani saya sehingga maut yang memisahkan kita. Terima kasih di atas ucapanmu yang membenarkan saya sebagai wanita terakhirmu.

Menurut Dewi Sartika, Fajar meninggal dunia 19 hari sebelum tarikh pernikahannya kerana masalah paru-paru yang gagal berfungsi dikatakan berpunca daripada asap rokok yang dihidunya dari orang sekeliling.


Fajar dipercayai bertarung nyawa melawan penyakit itu selama setahun lebih sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Status Facebook berkenaan dikongsi lebih dari 83,813 kali selain menerima respon dari netizen yang rata-rata melahirkan rasa simpati terhadap kejadian ini.

Sumber- Dewi Sartika


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2D2Hnap

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.