Melampau! Isteri Sarat Mengandung, Suami Bawa Perempuan Balik Rumah
Bukan semua wanita yang bernasib baik mempunyai seorang suami yang bertanggungjawab dan ikhlas dalam menyayangi mereka, kesetiaan para suami diuji apabila si isteri mula tidak dapat memenuhi kehendak suami, kehendak yang bagaimana? Sudah pasti kehendak batinnya.
Banyak kes yang sudah berlaku, suami berlaku curang apabila isteri sedang sarat mengandung, isteri yang tengah sarat, mana mungkin boleh memenuhi kemahuan nafsu si suami. Seharusnya suami memahami situasi isteri, bukan meminta sesuatu yang menyukarkan isteri.
Tetapi ramai suami yang hanya ‘pura-pura’ tidak ambil kisah dan hanya memikirkan nafsunya sahaja, bila isteri tidak berupaya memuaskan nafsunya, dia mula berpaling kepada wanita lain dan sanggup berlaku curang!
Sebelum berkahwin, macam-macam janji ditaburkan sehingga isteri sanggup meninggalkan keluarga dan mengikut suami hanya demi janji-janji manis yang telah ditabur, namun datang sedikit ujian, terus hati berpaling.
Apa yang isteri tidak lakukan? Berkorban dari segala hal, berhenti kerja selepas berkahwin, sanggup ikut syarat-syarat suami tetapkan, bila mengandung pula sanggup menggadaikan tubuh badan dari kurus kepada gemuk, tetapi suami bukan hendak bersyukur, malah memilih untuk berlaku curang!
Perkongsian Sabrina di akaun twitternya membuka mata segelintir lelaki yang bergelar suami tidak menghargi pengorbanan isteri, kisah berkenaan dikatakan perkongsian dari sahabatnya sendiri.
Rata-rata netizen rasa sangat marah dengan lelaki tersebut dan dan menganggap perbuatan itu sangat terkutuk dan keji!
Setiap wanita inginkan kehidupan yang bahagia selepas berkahwin, mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk suami dan anak-anak, namun bukan semua suami yang sanggup berkorban untuk isteri dan anak-anak, apa lagi hendak menghargai isteri.
Isteri adalah pendamping suami, hargai mereka, dan curahkan kasih sayang anda kepada isteri seolah-olah anda sayangkan ibu anda.
Sumber: Twitter/Sabrina
The post Melampau! Isteri Sarat Mengandung, Suami Bawa Perempuan Balik Rumah appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mnVywr
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment