Hi! Welcome Back and Stay Tune! GUAN ENG TENANG SAJA DI SEBALIK SIASATAN SPRM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

GUAN ENG TENANG SAJA DI SEBALIK SIASATAN SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam kenyataan saksi dan mengambil lebih banyak dokumen dari pejabat-pejabat kerajaan negeri Pulau Pinang di Komtar bagi membantu siasatannya terhadap projek terowong bawah laut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, pegawai-pegawai penyiasat telah ke pejabat kerajaan dan syarikat di 12 lokasi di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bagi mengumpul bukti serta merakam kenyataan.

Katanya, kenyataan 12 pegawai dari jabatan kewangan negeri, jabatan perancangan ekonomi negeri, pejabat kerja raya serta pejabat tanah dan mineral telah diambil. Ini termasuk seorang pengarah urusan sebuah syarikat.

“Tiada tangkapan dilakukan buat masa ini. Pasukan penyiasat hanya merakam kenyataan untuk medapatkan lebih maklumat.

“Tetapi saya tidak mengatakan tiada tangkapan lagi selepas ini. Mungkin, sekiranya kami mendapat maklumat atau bukti baharu dalam siasatan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Selasa lalu, SPRM menyerbu beberapa pejabat kerajaan negeri, pejabat firma pembinaan, firma pembangunan hartanah dan syarikat lain untuk menyiasat projek itu.

Dua pengarah syarikat dari firma pembinaan dan syarikat pembangunan hartanah direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan.

Difahamkan SPRM sedang mengkaji dokumen yang berkaitan dengan kontrak kajian kebolehlaksanaan projek terowong itu.

SPRM juga difahamkan telah ke pejabat tanah dan mineral untuk mendapatkan dokumen tambahan bagi mengkaji perjanjian mengenai projek mega tersebut.

Agensi rasuah itu juga dilaporkan menyiasat sama ada kos kajian kebolehlaksanaan projek pada RM305 juta itu diselaraskan dengan nilai penukaran tanah oleh kerajaan negeri bagi membayar kontraktor kajian tersebut.

Ada “kebimbangan” berlaku penyelewengan sekiranya kajian itu terlebih dibayar.

Projek terowong yang juga dilengkapi dengan tiga lebuh raya telah dianugerahkan kepada Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Konsortium Zenith BUCG) dalam tender terbuka pada tahun 2013.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ExG4gM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.