Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berhenti kerja dan melabur secara full-time? Baca ini dulu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berhenti kerja dan melabur secara full-time? Baca ini dulu

Pelaburan hartanah adalah ‘alat’ terbaik untuk kembangkan duit korang. Ini, Tok tak nafikan.

Pasti ada yang terfikir macam ni :

“Kalau macam tu, baik saya tumpukan perhatian 100% kat pelaburan yang saya tengah buat. Betul tak Tok?”

Soalan ni, takde jawapan yang betul atau salah. Boleh jadi ‘ya,’ boleh jadi ‘tidak.’ Cuma yang Tok nak, korang timbang semua perkara betul-betul dulu.

Dan sebelum korang buat keputusan muktamad, hadamkan dulu perkongsian Tuan Faizul Ridzuan ini. Semoga bermanfaat.

7 nasihat sebelum anda melabur secara full-time

Assalamualaikum w.b.t. Saya harap korang semua sihat belaka. Alhamdulillah, akhbar The Sun ada temu bual saya untuk segmen Careers pada tahun lepas.

Dekat sini, saya sertakan kompilasi pandangan saya tentang topik ini.

Saya harap segala pandangan dan nasihat ini berguna untuk korang yang terfikir nak jadi pelabur full-time :

#1 : Pelaburan hartanah, kerja yang bosan?

Pelaburan hartanah bukan kerja full-time. Dan ia boleh jadi sangat membosankan.

Bila korang dah buat keputusan untuk membeli sesebuah hartanah, korang perlu menunggu dan menyelesaikan pembelian tu sebelum boleh beralih ke langkah seterusnya.

Dan atas sebab ni, korang akan mempunyai banyak masa terluang.

Hari ini, saya seorang usahawan yang melabur dalam hartanah. Bukan sebaliknya. Sambil bekerja, pada masa yang sama, saya melabur.

#2 : “Lain padang, lain belalang”

Lagi banyak gaji korang, lebih banyak hartanah yang korang boleh beli. Saya yakin semua orang tahu perkara ini.

Orang yang bergaji RM2,000 sebulan, takkan sama kemampuan dengan orang yang bergaji RM10,000 sebulan.

#3 : Betul ke bohong – Wajib ada bisnes untuk jadi kaya-raya?

Korang yang bergaji RM5,000 ke RM6,000 sebulan pada hari ini, mampu untuk membina portfolio pelaburan hartanah bernilai RM5 juta, sambil menjana pendapatan pasif sebanyak RM18,000 sebulan.

Bermakna, korang tak perlu pun jadi seorang businessman untuk bersara sebagai seorang jutawan.

Apa yang korang perlukan adalah ilmu pelaburan dan rancangan jangka masa panjang.

Dengan ini saja, dah cukup untuk korang bina portfolio pelaburan sebanyak RM5 juta dengan gaji RM6,000 sebulan pada hari ini.

#4 : Siapa yang paling senang buat duit?

Saya dah buat semua 4 quadran aliran tunai (cash flow) yang dijelaskan Robert Kiyosaki dalam buku beliau :

  • Menjadi pekerja (employee),
  • Pelabur (investor),
  • Bekerja sendiri (self-employed), dan
  • Pemilik bisnes (business owner).

Dalam 4 perkara ni, orang yang paling senang buat duit adalah mereka ini (mengikut turutan) :

  1. Pelabur – Paling senang. Dengan syarat, kena ada ilmu yang betul,
  2. Pekerja – Hanya buat kerja yang berulang-ulang untuk dapatkan gaji tetap setiap bulan,
  3. Bekerja sendiri – Ada sumber kewangan yang okay, tanpa perlu ikut cakap bos,
  4. Pemilik bisnes – Paling susah. Sebab kena pastikan bayar gaji staf dulu sebelum bayar gaji sendiri.

#5 : Jadi pekerja, lebih senang buat duit berbanding bisnes

Betul. Kalau korang ada bisnes, korang boleh jana pendapatan tanpa sebarang had.

Cuma, tak semua orang dilahirkan atau mempunyai ciri-ciri sebagai seorang usahawan.

Untuk dapatkan pendapatan RM15,000 sebulan dengan bekerja, adalah lebih mudah kalau dibandingkan dengan menjadi seorang usahawan.

#6 : Gunakan apa yang anda dah ada

Sentiasa buat perkara yang korang dah sedia tahu dan boleh gunakan pengalaman korang yang lalu. Ini adalah kelebihan yang ada kat diri korang.

Katakan, korang bekerja sebagai seorang jurutera untuk tempoh 10 tahun lepas. Lepas tu, korang nak tukar profesion untuk menjual barangan kosmetik, atau nak buka restoran.

Boleh nak buat. Tapi korang kena bermula daripada bawah, dan bersaing dengan orang yang lebih berpengalaman dalam perkara ini.

Lebih baik korang mulakan firma perundingan persendirian (private consultig firm) dalam bidang kejuruteraan, yang mana korang boleh gunakan segala ilmu terdahulu.

Tambahan lagi, orang lain akan berfikir 2 kali untuk bersaing dengan korang.

#7 : Sahkan idea dulu sebelum anda mulakan sesuatu

Dan yang terakhir. Kalau korang berminat nak melabur atau mulakan bisnes, elak ‘gunakan 2 belah kaki untuk tahu kedalaman air’ (never test the depth of the waters with both feet).

Mulakan dulu dengan skala yang kecil untuk mengesahkan idea korang tu.

Tak guna berhenti kerja untuk jadi pelabur sepenuh masa apabila semua hartanah korang, tak jana sebarang aliran tunai positif. Atau bisnes yang korang nak buat, tak menjana sebarang keuntungan langsung.

Selagi pelaburan atau bisnes tak dapat cover perbelanjaan korang sebanyak 50%, bermakna korang masih belum jumpa formula yang betul.

Saya sendiri mengesahkan idea bisnes selama 2 tahun sebelum berhenti kerja, untuk mencapai apa yang saya impikan.

“Saya ambil masa 8 tahun sebelum mulakan bisnes”

Saya dah melabur dalam hartanah selama 8 tahun, membeli hampir 30 hartanah sebelum saya tubuhkan FAR Capital.

Mungkin ada yang akan kata saya tak cukup berani sebab tak mulakan awal-awal bisnes ini. Tapi saya tak perlu terasa pun, sebab saya sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan selepas menimbang semua risiko yang ada.

Semua ni, masuk akal untuk korang tak?

Pada pandangan Tok, korang tak perlu pun berhenti kerja dan jadi pelabur sepenuh masa.

Lagi best buat macam tu. Sambil buat duit dengan pelaburan hartanah, korang jugak ada duit gaji sebagai ’duit tepi.’ Boleh la korang bersedekah lebih lagi. Tak gitu?

Jemput SHARE perkongsian ni supaya kawan-kawan korang dapat hadamkan bersama.

The post Berhenti kerja dan melabur secara full-time? Baca ini dulu appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mJyl7V

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.