Dr M mahu SPR dedah senarai pengundi terbaharu
Pengerusi PH berkata ada banyak masalah dengan senarai pengundi sebelum ini oleh itu gabungan pembangkang mahu daftar terbaharu untuk dibuat perbandingan.
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendedahkan senarai pengundi terbaharu.
Beliau berkata ada beberapa isu berkenaan daftar itu yang perlu dijelaskan.
“Kita dapati yang ada pengundi-pengundi yang alamatnya tak penuh, ada yang nama-namanya sama dan ada rumah yang diduduki dengan pengundi yang sampai 11 orang, 15 orang.
“Untuk menentukan yang senarai yang kita semak sama dengan senarai yang ada dengan SPR, kita perlu mendapatkan senarai yang terakhir.”
“Sekarang ini, kita diberitahu yang senarai ini tidak boleh diberi kepada parti-parti politik. Ini luar biasa kerana dulu bila-bila kita hendak senarai pengundi kita boleh dapat. Kita bayar duit kita boleh dapat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM hari ini.
Dr Mahathir, yang juga pengerusi PPBM dan calon perdana menteri PH, itu turut mempersoalkan ketiadaan respon daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berhubung status permohonan pendaftaran logo PH.
“Kita tidak boleh tunggu lama kerana kita perlu berkempen dan, berkempen itu memerlukan masa dan tindakan-tindakan tertentu. Sampai sekarang tidak dimaklumkan pendaftaran kita diluluskan ataupun tidak.”
Yang menjadi masalah sekarang ini mereka tidak jawab sama ada mereka terima pendaftaran kita. Bila kita hantar peringatan pun tidak berjawab. Seolah-olah ini tidak pernah berlaku.
“Kita telah mengikut semua peraturan dan telah berjumpa dengan RoS sekali dua. Mereka berkata yang masalahnya ada di PPBM dan DAP, tetapi kita telah cuba betulkan, sehingga sekarang masih tidak ada apa-apa jawapan kepada permohonan kita,” katanya.
PPBM mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama mereka Disember tahun lepas selepas JPPM mengancam akan membatalkan pendaftaran mereka.
DAP pula mengadakan pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) baharu pada November tahun lepas selepas JPPM memutuskan CEC sebelum ini tidak dipilih secara sah.
Dr Mahathir berkata sikap JPPM itu boleh menjejaskan hak pengundi yang mahu memilih pemimpin yang diingini pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga berkata PH mahu mengundang pemerhati asing memantau pilihan raya itu nanti, tetapi ia hanya boleh dilakukan dengan kerjasama SPR
FMT
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FJYRXh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment