‘Sakit Hati Anak-Anak Sentiasa Ditegur Mertua.’ Menantu Tergamak Bunuh Mertua Dengan Meletak Racun Dalam Air Kopi Mertua..
GORONTALO, INDONESIA: Berang sering dimarahi, seorang wanita bertindak kejam dengan meracun mertuanya sendiri.
Suspek yang hanya dikenali sebagai Epi nekad membunuh mertuanya Zuhria Latada, 66 tahun, dengan menuang racun ke dalam termos yang biasa digunakan mangsa untuk menyimpan air kopi.
Motif kejadian dipercayai disebabkan rasa sakit hati suspek yang dikatakan tersinggung dengan teguran Zuhria yang kerap menasihati anak-anaknya.
Dalam insiden yang dilapor media tempatan baru-baru ini, suspek didakwa menuang racun rumpai dan membiarkan mertuanya meneguk kopi yang dicampur racun itu sehingga mengalami kekejangan.
Suspek kemudian berlagak seolah mengambil berat dengan keadaan mangsa yang kelihatan semakin parah.
Mangsa yang dikejarkan di Rumah Sakit MM Dunda Limboto bagaimanapun meninggal dunia setelah sembilan hari menjalani rawatan.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FO2g7A
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment