Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Terkejut! 15 Tahun Kucing Kesayangan Hilang, Akhirnya Berjaya Kembali Ke Pangkuan Pemiliknya.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Terkejut! 15 Tahun Kucing Kesayangan Hilang, Akhirnya Berjaya Kembali Ke Pangkuan Pemiliknya..



SIAPA sangka, kucing comel bernama Winston ini ditemui semula oleh tuannya selepas 15 tahun hilang tanpa dapat dikesan.

Janet Barnes, pemilik kepada kucing itu pada mulanya menyangka Winston telah diambil atau dilarikan orang setelah dia dan suaminya berpindah rumah pada 2002.

Image result for A stunned family has been reunited with their lost pet cat 15 years after it went missing.

Namun alangkah terkejutnya dia apabila mendapati si comel itu akhirnya dijumpai semula di bandar Launceston, kira-kira 56 kilometer dari rumah mereka di Carlon Bay.


“Memang terkejut tapi ia sesuatu yang sangat menggembirakan apabila mendapati Winston dijumpai semula selepas bertahun-tahun.

“Winston hilang selepas kami berpindah rumah dan sejak itu kami tidak menjumpainya lagi,” kata Janet memetik portal BBC.


Menurut suaminya, Pete Barnes, dia telah dihubungi oleh anggota veterinar yang memberitahu haiwan comel berkaki empat itu masih hidup setelah dijumpai berkeliaran dalam keadaan kurus kering.

“Kami tidak tahu di mana dia berada selama ini, saya ingatkan dia tinggal bersama pemilik lain. 


“Mujurlah, microcip yang dipasang pada Winston masih tersimpan mengenai maklumat kami.

“Ketika diselamatkan oleh pasukan veterinar, dia kelihatan sangat lemah dan seakan ingin mati,” katanya.

Image result for A stunned family has been reunited with their lost pet cat 15 years after it went missing.

Winston ditemui semula selepas mikrocip yang dipakainya tersimpan maklumat mengenai pemiliknya, membuatkan Pete dihubungi beberapa hari kemudian.

Anak kepada pasangan itu juga tidak menyangka kucing di zaman kanak-kanak mereka masih hidup dan kini akan menetap kembali bersama setelah sekian lama menghilang diri.


Sementara itu pengurus pusat pusat veterinar terbabit, Steve Cox mengatakan haiwan peliharaan yang hilang kebiasaanya akan ditemui semula oleh pemiliknya setelah dilakukan imbasan pada mikrocip.

Namun dalam kes Winston, ia merupakan rekod paling lama pernah direkodkan setakat ini.

VIDEO:



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FO0KCv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.