Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Reka Cerita Je.” Gara-Gara Tertekan Tidak Dibenarkan Banyak Bermain & Perlu Tumpukan Pada Pelajaran, Remaja Reka Cerita Diculik Oleh ‘Van Putih’.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Reka Cerita Je.” Gara-Gara Tertekan Tidak Dibenarkan Banyak Bermain & Perlu Tumpukan Pada Pelajaran, Remaja Reka Cerita Diculik Oleh ‘Van Putih’..



AMPANG – Seorang pelajar lelaki tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini, hanya membuat cerita yang tidak benar berkaitan dirinya cuba diculik oleh dua individu yang menaiki van berwarna putih, di sini, Jumaat lalu lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pelajar berkenaan juga telah menarik semula laporan polis yang telah dibuat.


“Tujuan pengadu mereka-reka cerita adalah dia tertekan kerana tidak dibenarkan banyak bermain serta perlu tumpukan kepada pelajaran,” katanya.

Beliau turut menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak cepat tularkan cerita-cerita yang tidak tentu kesahihannya sehingga boleh mengakibatkan kegusaran kepada masyarakat.

Sebelum ini, pelajar ini mendakwa diculik pada jam 12 tengahari itu di mana dia sedang menunggu bas di perhentian bas di Taman Pandan Indah, sebelum didatangi oleh dua suspek yang menaiki sebuah van.


Pelajar ini kemudian ditarik masuk ke dalam kenderaan tersebut.

Ketika dalam kenderaan itu, pelajar tersebut mendakwa telah ternampak papan tanda Pandan Jaya, kemudian bertindak menggigit tangan suspek.

Rakan suspek yang sedang memandu telah memberhentikan kenderaan itu, lalu membuka pintu. Mangsa kemudian menendang suspek untuk melarikan diri, mangsa telah menaiki sebuah bas pergi ke sekolahnya.


Mangsa telah memaklumkan insiden itu kepada gurunya pada jam 5.30 petang ketika menerima rawatan di Hospital Ampang akibat tangannya cedera kerana terlanggar pintu sekolah, guru berkenaan terus menghubungi ibu bapa mangsa. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FOUV7T

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.