Hi! Welcome Back and Stay Tune! RELA Sebahagian Komponen Keselamatan Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RELA Sebahagian Komponen Keselamatan Negara

ARAU – Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) merupakan sebahagian daripada komponen keselamatan yang melengkapi pasukan beruniform lain dalam menjamin kedaulatan negara secara holistik, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man

Beliau berkata kebanyakkan anggota RELA sendiri merupakan bekas anggota keselamatan, justeru mereka sebenarnya terlatih dan berkemampuan mengendalikan senjata jika diberikan tanggungjawab itu.

“Kita kena faham tugas pasukan RELA ini, tidak boleh kecilkan peranan keselamatan yang dimainkan RELA kerana setiap badan keselamatan itu mempunyai pengkhususan yang berbeza.

Saya yakin pembuat dasar iaitu pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah memikirkan apakah tugas khusus RELA apabila ditempatkan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) nanti,” katanya kepada pemberita dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mempersoalkan kredibiliti dan memperlekeh peranan anggota RELA yang ditugaskan di Esszone.

Menerusi video yang tular di laman sosial, Mohd Shafie ketika berucap dalam program Bicara Presiden Warisan di Tuaran, Sabah, baru-baru ini, dilihat mempertikaikan tindakan menempatkan anggota RELA yang tidak mahir dalam mengendalikan senjata api untuk penugasan di Esszone.

Beliau dilaporkan berkata bahawa anggota RELA hanya sesuai untuk perkhidmatan kawalan trafik di majlis-majlis kenduri sahaja.

Dalam pada itu Azlan berkata untuk bertugas di Esszone, setiap anggota RELA terlibat sudah tentu diberi latihan dan peralatan bersesuaian dengan tugas mereka.

“Walaupun RELA sering dilihat bertugas menjaga trafik di jalan raya, ia juga merupakan aspek keselamatan, takkan nak letak tentera pula?.

Jangan terlalu cepat melompat dengan mengatakan mereka tidak layak bertugas di Esszone, jangan perkecil atau perlekeh peranan mereka dalam pastikan keseluruhan keselamatan negara terjamin,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mL51hh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.