Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Sudah Ajalnya. Lelaki Maut Ketika Melompat Ditebing Bukit Untuk Dapatkan ‘Shot’ Gambar Terbaik.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Sudah Ajalnya. Lelaki Maut Ketika Melompat Ditebing Bukit Untuk Dapatkan ‘Shot’ Gambar Terbaik..


Seorang lelaki Turki telah menemui ajal apabila cubaannya melompat untuk mendapatkan hasil gambar terbaik sebagai kenangan ulang tahun kelahiran mengundang kepada kejatuhan dari tebing setinggi 45 meter!


Kejadian ini berlaku di Istana Urfa yang terletak di selatan Turki. Lelaki ini dikatakan telah meminta rakannya untuk mengambil gambar semasa dia sedang melompat. Dia yang dikenali sebagai Halil Dag telah berdiri di atas sebuah batu dan melompat ke bawah.




Namun sebaik sahaja Halil mendarat, dia telah hilang imbangan diri lalu berguling ke bawah tebing.


Insiden yang mengejutkan ini berjaya dirakam oleh rakannya dan juga kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) yang berdekatan. Halil dilihat terjatuh dengan kepalanya menghadap ke bawah.

Semasa kejadian, rakan-rakannya yang tersentak dengan insiden itu cuba untuk mendapatkan tangan Halil namun gagal sekali gus menyebabkan Halil terus terjatuh.


Dalam satu rakaman CCTV yang terletak bersebelahan dengan sebuah restoran Kurdish memaparkan dengan jelas kejatuhan Halil daripada tebing yang tinggi itu.


Susulan kejadian, Halil segera dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia. Dia telah meninggalkan seorang balu bersama dengan lapan orang anak.


Menurut The Asian Age, mayat Halil telah diserahkan kepada keluarganya sebelum dibawa ke tanah perkuburan Abdurrahman Dede.

Ucapan takziah diucapkan kepada keluarganya.



Sumber: SAYS


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mJ37hi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.