Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pesakit Diminta Bayaran Tambahan Oleh Doktor Ketika Masih Berada Di Atas Meja Bedah! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pesakit Diminta Bayaran Tambahan Oleh Doktor Ketika Masih Berada Di Atas Meja Bedah!


Seorang pesakit dalam lingkungan 20-an yang sedang menjalani pembedahan di sebuah hospital di Dalian, wilayah Liaoning, China telah diminta bayaran lebih oleh doktor bedahnya semasa sesi pembedahan dijalankan.

Pesakit berkenaan yang dikenali sebagai Jiang Meng disahkan menghidap penghakisan serviks dan memutuskan untuk menjalani rawatan pembedahan.


Namun, semasa sesi pembedahan dijalankan, Jiang telah dimaklumkan oleh doktor bedahnya bahawa dia perlu menjalani satu lagi rawatan perubatan yang memerlukan perhatian segera.

Pada waktu itu juga, doktor berkenaan telah memberikan Jiang sekeping kad yang mempunyai cetakan kod QR dan memaklumkan bahawa prosedur tambahan tersebut melibatkan kos sebanyak RM1,146!


Jiang yang hanya mempunyai baki sekitar RM370 di dalam akaun banknya terpaksa menggunakan akaun WeChat Pay bagi membayar sebahagian daripada kos tersebut semasa masih berada di atas meja pembedahan! Setelah selesai, dia kemudiannya melangsaikan baki rawatan.


Kredit: YouTube

Namun, Jiang merasakan kejadian yang berlaku ke atas dirinya adalah satu perkara yang tidak wajar dilakukan oleh seorang doktor terutamanya ketika pesakit sedang dirawat.

Justeru, Jiang memutuskan untuk meminta pandangan daripada doktor di hospital yang berlainan. Menurut doktor berkenaan, prosedur rawatan kedua yang dilakukan ke atas Jiang adalah tidak perlu.


Walau bagaimanapun, beberapa kakitangan hospital yang pertama memaklumkan Jiang bahawa isu doktor membawa kad dengan kod QR merupakan satu amalan yang dilakukan oleh para doktor untuk meneruskan pelbagai prosedur.


Kredit: NST

“Pelbagai perkara yang tidak dijangka boleh berlaku semasa sesi pembedahan dan tidak mungkin kami perlu meminta pesakit untuk turun naik hospital (untuk mencari duit).”

Jiang bagaimanapun sedar akan kebenarannya dan mengambil keputusan untuk berkongsi kisah ini di Weibo.


Perkongsiannya menjadi tular sehingga mendapat perhatian daripada Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga di Dalian yang kemudian memutuskan akan menyiasat perkara berkenaan dengan secepat mungkin.

Sumber: SAYS


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FPE6cQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.