Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya Ada Maruah! Saya Masih Ada Tangan Yang Boleh Menganyam & Membuat Bakul Untuk Tampung Keluarga.” Bapa Lumpuh Separuh Badan Menjual Bakul Hasil Tangan Sendiri Selama 41 Tahun Untuk Tanggung Keluarga.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya Ada Maruah! Saya Masih Ada Tangan Yang Boleh Menganyam & Membuat Bakul Untuk Tampung Keluarga.” Bapa Lumpuh Separuh Badan Menjual Bakul Hasil Tangan Sendiri Selama 41 Tahun Untuk Tanggung Keluarga..



Setiap manusia akan melalui rintangan dan cabaran dalam kehidupan tambahan dengan menerima musibah yang tidak dapat dielakkan dan bertukar menjadi suatu kenyataan yang amat memeritkan.

Namun dengan peredaran zaman sambil melalui segala rintangan dan cabaran dengan tabah dan sabar, suatu kehidupan itu akan berubah menjadi satu keajaiban.


Lao Li menjadi lumpuh separuh badannya akibat satu kemalangan yang telah menyebabkan dirinya menghadapi masalah untuk bergerak. Akan tetapi dengan kepakaran tangannya yang halus dan baik telah membawa dirinya menjalani kehidupan yang lebih bermaruah.


41 tahun yang lalu, Lao Li menyara kehidupan diri dan keluarganya dengan bekerja di tapak pembinaan. Malang tidak berbau, seketul batu yang besar telah berguling dan terjatuh dari arah pergunungan dan menghempap tulang belakang Lao Li.

Selepas menjalani rawatan kecemasan dari kemalangan tersebut, Lao Li tidak dapat lagi merasai bahagian bawah badannya dan tidak dapat lagi menjaga dirinya sendiri seperti orang normal lain.


Pada waktu itu, usianya masih muda dan sudah tidak berdaya menjaga diri sendiri dan anak perempuannya yang baru berusia satu tahun.

Selepas kemalangan tersebut, Lao Li berasa kehidupannya menjadi gelap dan sangat sukar akibat pergerakannya yang telah menjadi begitu terhad dan akan menyusahkan orang lain.


Isterinya menghadapi masa yang sangat sukar menjalani kehidupan bersama Lao Li sehingga tidak dapat berkata apa-apa.

Lao Li memahami perasaan isterinya dan semasa usia anak mereka berusia 10 tahun, Lao Li telah menceraikan isterinya secara sukarela atas alasan tidak mahu lagi membebankan isteri dengan keadaan fizikalnya.


Lao Li melihat kakinya yang lumpuh dan berkata, “Saya masih hidup dan bagaimana saya boleh mengurangkan beban keluarga saya? Saya masih ada tangan yang baik untuk menganyam dan membuat bakul dari buluh untuk dijual.”



Selepas beberapa ketika dari mengenangkan nasibnya yang malang, Lao Li telah mula belajar secara sendiri untuk membuat dan menganyam bakul yang diperbuat dari buluh.

Apabila anak perempuannya pergi ke sekolah, Lao Li akan berfikir dan mempelajari cara untuk membuat bakul buluh.

Selepas itu, tanpa disedari kegigihan Lao Li membuat bakul dan bekas buluh dengan meniarap di ambang pintu menggunakan kemahiran tangannya, untuk menyara diri dan anak perempuannya telah bertahan selama 41 tahun.


Anak perempuannya berkata kepada bapanya dengan gembira, “Saya sudah boleh membawa basikal sekarang.” Jadi, setiap hari selepas bapanya selesai menganyam dan menyiapkan hasil kraftangan buluh tersebut, anak perempuan Lao Li akan membawa hasil ini ke pekan yang sibuk dan menjualnya.


Menurut anak perempuannya, hasil kraftangan bapanya amat halus dan semuanya dapat dijual dengan pantas dan laris.


Sehingga anak perempuannya dewasa dan mempunyai keluarga sendiri, beliau tidak pernah mengabaikan Lao Li dan sering melawat serta menjaga keperluan bapanya itu dengan dibantu anak-anaknya.

Walaupun anak perempuannya sudah berkahwin dan berkeluarga dan hidup Lao Li semakin senang tetapi beliau tidak pernah duduk diam.

Lao Li masih meneruskan kerjanya menganyam buluh di ambang pintu seperti biasa kerana kerja ini amat memberi kepuasan dan makna kepada kehidupannya.


Menurut Lao Li, “Setiap hari saya akan menyelesaikan hasil kraftangan buluh dan boleh menjualnya sehingga RM6.00 sebuah. Dengan melakukan kerja ini dan memperolehi hasilnya, saya dapat menampung perbelanjaan harian di rumah.”


Selama lebih 40 tahun, Lao Li hanya dapat meniarap dan berbaring di ambang pintu yang sering dilawati anak perempuan dan cucunya yang memandang tinggi kegigihan serta ketabahan bapa dan datuk ini sebagai seorang yang bekerja keras menyara kehidupan keluarganya walaupun kelainan upaya.

Satu kisah pengajaran bagi kita yang cukup sifat ini untuk bekerja lebih keras di dalam kehidupan dan tidak mudah mengalah untuk berputus asa dalam apa juga keadaan.

Kredit: bldaily.com


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FPEE2o

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.