Hi! Welcome Back and Stay Tune! 100 Ditangkap Dalam 75 Serbuan Judi Haram Di Sarawak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

100 Ditangkap Dalam 75 Serbuan Judi Haram Di Sarawak



KUCHING - Seramai 100 kaki judi dan operator judi haram ditangkap dalam 75 serbuan dijalankan di seluruh negeri ini sepanjang minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, serbuan tersebut melibatkan 58 jualan loteri haram, 13 judi siber, dua berjudi di tempat awam dan dua gelanggang sabung ayam.

Katanya, operasi dijalankan pasukan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan daerah di Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Padawan, Kapit, Marudi, Betong, Bau, Simunjan, Sarikei, Kota Samarahan, Serian, Dalat, Saratok dan Sri Aman.

"Hasil kesemua serbuan itu, polis berjaya merampas pelbagai peralatan dan wang tunai sebanyak RM14,566 disyaki hasil aktiviti haram berkenaan.

"Sebanyak RM3,356 berjaya dirampas hasil serbuan di kedai serbaneka dan kopi yang menyediakan perkhidmatan isian semula judi, RM9,813 (loteri haram) dan RM1,397 (judi holo)," katanya dalam kenyataan di sini pagi.

Tambahnya, mereka ditahan terdiri 64 lelaki dan 36 perempuan berusia 17 hingga 72 tahun termasuk empat warga asing.

"Kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan 1952," katanya. - UTUSAN ONLINE



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FzTLxq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.