Hi! Welcome Back and Stay Tune! Andaian palsu: Susahkah Najib mahu memahami semua perkara itu? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Andaian palsu: Susahkah Najib mahu memahami semua perkara itu?

Saturday, 24 February 2018
DARI BERITA PALSU KEPADA ANDAIAN PALSU

Meskipun Najib Razak sekarang ini  makan quinoa, bijiran sihat yang import dari Peru, ketakutan kepada kekalahan dalam PRU 14 tetap bersarang di mindanya.

Tidak cukup dengan sekian banyak berita palsu yang disebutnya selama ini terutama berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta bagi tujuan mengelirukan rakyat dan memastikan BN kekal berkuasa, Najib kini melebarkan lagi rasa takutnya itu dengan cuba  melakukan andaian palsu pula.

Adakah ini kesan pemakanan quinoa yang diambilnya?

Dalam catatan blognya mengenai  PRU 14 akan datang, Najib melontarkan dua andaian sekiranya Pakatan Harapan berjaya menguasai Putrajaya dan Tun Mahathir Mohamad kembali sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.
Dua andaiannya ialah:-

Pertama, Tun Mahathir tidak akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim selepas itu kerana umum mengerti Tun Mahathir menganggap semua pemimpin lain adalah tidak betul.

Kedua, kalau pun Tun Mahathir memilih untuk melakukan u-turn dan setuju melepaskan jawatannya kepada Anwar sekali pun, akibatnya jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kemudiannya akan disandang oleh pasangan suami isteri iaitu Anwar dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Inilah tahap nepotisme paling kritikal yang akan membuatkan rakyat memberontak, selain menjadikan mereka sibuk berebut jawatan Perdana Menteri untuk tempoh dua atau tiga tahun sebelum memulakan kerja berkhidmat kepada rakyat, kata Najib lagi.

Bagi yang faham kedudukan Pakatan Harapan berbanding BN, di samping Tun Mahathir bukan lagi individu yang sama ketika bersama UMNO dan BN dahulu, kita tentunya bersimpati dengan andaian palsu Najib kali ini.

Jika pemikiran itu tercetus akibat quinoa yang diambilnya sebagai makanan harian, maka ada baiknya Najib kembali mengambil nasi seperti kebanyakan rakyat biasa yang lain.

Mudah-mudahan pemikirannya juga kembali stabil dan tidak meraban tak tentu pasal dengan pelbagai andaian palsu.

Pakatan Harapan yang bakal mentadbir negara selepas PRU 14 akan datang adalah berbeza dengan BN. Tiada parti memiliki kuasa mutlak dalam gabungan itu dan semua perkara akan diputuskan secara konsensus.

Sebagaimana memilih Tun Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan cakon Perdana Menteri melalui kaedah konsensus, persetujuan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar juga adalah keputusan konsensus.

Selain itu, ia juga adalah persetujuan bertulis yang dipersetujui oleh keempat-empat parti dalam Pakatan Harapan.

Bermakna, tidak semudah itu, malah boleh dikata mustahil untuk ia dimungkiri atau sebagaimana Najib sendiri misalnya, masih memungkiri banyak janji seperti untuk menurunkan harga kereta yang dijanjikannya sejak kempen PRU 2013 yang lalu lagi.

Apabila Anwar sudah memperolehi pengampunan dan boleh bertanding semula, beliau sudah pasti akan bertanding semula di Permatang Pauh menggantikan tempat isterinya iaitu Dr. Wan Azizah yang menduduki kerusi itu sekatang ini.

Proses silih ganti itu sudah berlaku beberapa kali sebelum ini dan ia tidaklah sukar untuk difahami sebenarnya, termasuklah  oleh Najib. Anwar tidak mungkin bertanding di kawasan lain atau memerlukan ada Ahli Parlimen PKR yang lain perlu meletakkan jawatan.

Prosesnya ialah Anwar bukan saja akan mengambil alih jawatan Ahli Parlimen yang disandang oleh Dr. Wan Azizah, bahkan akan terus mengisi kerusi Timbalan Perdana Menteri yang turut dikosongkan oleh isterinya, sebelum mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir.

Jika dulu kita berbangga dan ceria dengan gandingan Tun Mahathir/Anwar dalam menerajui negara, pasangan itu akam kembali sekali lagi menyuluh harapan buat kita semua.

Tetapi, ketika itu Tun Mahathir tentunya sudah pun melakukan apa yang sewajarnya untuk memulih dan memperbaiki segala yang rosak serta musnah, termasuk menghantar ke penjara mereka yang bersalah dalam merompak dan menyamun segala kekayaan negara selama ini.

Susahkah Najib mahu memahami semua perkara itu? (ShahbudinHusin 24/02/2018)

Anda mungkin juga meminati:
SIAPA PENYEBAR BERITA PALSU?

Posted by Shahbudin Husin at 11:20 


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EVgvdS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.