Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jumpa ular sawa 20 kaki, penduduk Kg Sungai Penderam gempar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jumpa ular sawa 20 kaki, penduduk Kg Sungai Penderam gempar

Penduduk Kampung Sungai Penderam Pasir Gudang bergambar bersama ular sawa sepanjang 20 kaki dan seberat 80 kilogram yang ditemui di kawasan ladang kelapa sawit 25 Februari 2018. — Foto BernamaPenduduk Kampung Sungai Penderam Pasir Gudang bergambar bersama ular sawa sepanjang 20 kaki dan seberat 80 kilogram yang ditemui di kawasan ladang kelapa sawit 25 Februari 2018. — Foto BernamaJOHOR BARU, 25 Feb — “Ingatkan batu jatuh, rupanya ular,” kata remaja yang menemukan seekor ular sawa sepanjang 20 kaki di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Penderam, Pasir Gudang, dekat sini, petang tadi.

Mohd Noor Irfan Mohd Faizal, 15, berkata dia dan ayahnya, Mohd Faizal Othman, 50, sedang  mengangkat kelapa sawit bersama ayahnya dan kemudiannya terdengar bunyi kocakan air di sebuah perigi lama berhampiran tempat mereka bekerja.

“Masa tu dalam pukul 5 petang, saya tengah teman tolak kelapa dengan ayah sebelum terdengar bunyi air macam ada benda besar jatuh dalam perigi. Ingatkan batu jatuh tetapi bila tengok dekat, baru nampak ular besar tengah melingkar.

“Mula tengok tu memang ada rasa takut, kemudian ayah pun panggil kawan-kawan dan penduduk kampung untuk angkat dan tarik ular tu keluar,” katanya ketika ditemui Bernama di kampung itu. 

Salah  seorang penduduk, Syahrul Karim, 22, berkata ular berkenaan berjaya dikeluarkan selepas dijerut dan ditarik seramai tujuh orang penduduk kampung.

“Memang berat tapi sebab ramai yang tarik, jadi masa nak keluarkan ular tu dari dalam perigi itu tak lama,”  katanya lagi.

Menurutnya, kawasan berkenaan dipercayai sarang reptilia berkenaan dan seringkali dilihat meninggalkan jejak.

“Itu memang kawasan dia sebab makanan dia semua dia tarik masuk dalam perigi. Cuma kali ini baru pertama kali dapat nampak dan terus dapat tangkap. Ini pun bukan kali pertama penduduk kampung nampak ular ni,” jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Sharol Suboh, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 6 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Seramai lima anggota telah digerakkan dengan sebuah lori dan tiba di lokasi 15 minit kemudian. Apabila sampai, benar ada seekor ular sawa yang berjaya ditangkap oleh penduduk kampung,” kata beliau.

Menurut Sharol, berat ular sawa berkenaan dianggarkan lebih 80 kilogram.

Pihaknya telahpun menghubungi Jabatan Perhilitan dan Zoo Negeri Johor bagi menempatkan haiwan berkenaan. — Bernama



Sumber Jumpa ular sawa 20 kaki, penduduk Kg Sungai Penderam gempar

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CHYYAh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.