Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Berita palsu babi panggang. Yang edit gambar ni memang seorang yang hina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Berita palsu babi panggang. Yang edit gambar ni memang seorang yang hina

Malaysiakini 23/2/18
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang membidas penyebaran sekeping gambar di media sosial yang memaparkan kononnya dua pemimpin kanan Pakatan Harapan (HARAPAN) di Kedah duduk di meja dengan hidangan babi panggang.
Lim berkata gambar anak babi itu telah diubah-suai dan ini boleh dibuktikan dengan mudah jika membandingkannya dengan gambar asal.

"Setiap hari lebih banyak bukti bahawa Umno dan BN mempersiapkan diri dengan dua senjata baru menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 - berita palsu dan rasuah," kata Lim dalam satu kenyataan. " Umno serta BN adalah dalang di sebalik berita dan maklumat palsu direkayasa dan disebarkan," katanya.

Lim mendakwa undang-undang baru yang mahu diperkenalkan oleh kerajaan untuk menangani masalah berita dan maklumat palsu sebenarnya bertujuan untuk menyerang dan mendakwa pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan berhubung berita palsu.

Pada masa sama, tujuannya, kata beliau untuk memberi pemimpin dan penyokong Umno dan BN “kekebalan” daripada berita palsu yang direkayasa dan disebarkan mereka terhadap Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu merujuk kepada gambar yang memaparkan kononnya Pengerusi HARAPAN Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, sedang menjamu selera dengan imej seekor babi panggang yang diubah-suai turut dihidangkan.

Gambar di Facebook itu tertera dengan kata-kata: "Nak undi Cina punya pasal sehingga sanggup makan babi. #Undi PAS."
Lim juga menyentuh mengenai satu lagi kejadian di mana pemimpin Wanita dan DAP Selangor Syefura Othman (Rara) telah dipaparkan sedang menghiris daging seekor babi panggang, sedangkan individu di dalam foto itu, sebenarnya, adalah exco PKR Selangor Elizabeth Wong.

Ia juga memaparkan ahli majlis Selayang Fok Wai Mun yang didakwa menjadi suami Rara, dalam foto itu.



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2onvwed

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.