Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bapak kambingkah laki dia ni? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bapak kambingkah laki dia ni?

'Kami perlukan RM36,000 untuk balik kampung'
WARTAWAN SINAR HARIAN -  24 FEBRUARI 2018
Amah (tiga dari kanan) bersama anak-anaknya

SEORANG ibu 11 anak memerlukan sebanyak RM36,000 untuk pulang ke kampung halamannya di Semporna, Sabah.

Amah Situn, 36 yang sudah menetap di semenanjung sejak 16 tahun lalu melalui kehidupan agak sukar apabila banyak bergantung kepada ihsan orang ramai untuk menampung keperluan hidup.

Lebih menambah penderitaan apabila wanita berkenaan ditinggal suami dan tiada tempat tinggal tetap serta tidak mampu menyewa.

Wanita berkenaan juga tidak mampu mencari rezeki kerana menghidap penyakit anemia dan buasir.

Bagaimanapun, keluarga berkenaan kini tinggal di sebuah bangunan yang dibiayai oleh Pusat Khidmat Pas Dun Paka.

Amah  berkata, setelah sekian lama merantau tanpa hala tuju, dia berhasrat membawa pulang anak-anaknya yang berusia 20 hingga 2 tahun ke kampung halaman.

Bagaimanapun, mustahil dia mempunyai wang bernilai puluhan ribu untuk menampung kos pengangkutan termasuk penerbangan.

“Sudah lama saya dan anak-anak tinggal di Paka serta mengharapkan pertolongan dan belas ihsan sekeliling.

"Kami juga tiada tempat tinggal tetap dan sering berpindah-randah.

“Saya fikir langkah terbaik untuk kami membina kehidupan baharu ialah pulang ke tanah air.

"Hampir RM3,000 diperlukan untuk seorang, bukan sahaja kos tiket kapal terbang tetapi kami perlu merentasi pelbagai lagi perjalanan untuk tiba di kampung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sebuah bangunan tempat mereka berlindung, di Paka.

Katanya, sejak Januari 2018 anak-anaknya tidak dihantar ke sekolah kerana dia bercadang mahu mendaftar persekolahan di Sabah.

“Saya datang ke semenanjung mengikut suami tetapi sekarang dia juga sudah hilang entah ke mana.

"Saya berterima kasih kepada Muslimat Pas Paka yang banyak membantu sepanjang kami menumpang di tempat orang,” katanya.

Sesiapa yang ingin membantu keluarga ini boleh salurkan bantuan ke akaun Maybank 860178388 menerusi Tabung Kebajikan Pas Dun Paka Cawangan Kampung Cacar Baru.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CG58R7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.