LG Memperkenalkan LG V30S ThinQ Dengan 6GB RAM Dan Sokongan Kecerdasan Buatan
LG sering kali memperkenalkan telefon pintar baru dibawah siri-G pada acara MWC, tetapi untuk tahun ini, mereka mengubah strategi, dan telah pun memperkenalkan LG V30S ThinQ.
LG V30S ThinQ ini merupakan kemaskini kecil berbanding LG V30 yang telah diperkenalkan pada tahun lepas. Melalui kemaskini baru ini, ia menawarkan spesifikasi yang ditambah-baik, serta memfokuskan integrasi kecerdasan buatan pada bahagian kamera.
LG V30S ThinQ hadir dengan rekaan sama seperti LG V30 sebelum ini, menggunakan skrin 6-inci, cip Snapdragon 835, dwi-kamera belakang 16+13 megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.
Telefon pintar ini turut hadir dengan 6GB RAM, serta storan dalam pilihan 128GB atau 256GB.
Penggunaan jenama “ThinQ” dilihat memberikan petanda kepada penggunaan kecerdasan buatan pada telefon pintar ini. Ia kini menyertakan sokongan kamera yang boleh memahami sesuatu objek yang dirakam dan mengoptimasikan mod rakaman sesuai dengannya. Disamping itu, LG turut menyertakan mod QLens yang membolehkan anda mengimbas sebarang produk, dan mendapatkan info seperti harga dan juga maklumat tambahan berkaitan dengannya.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah telefon pintar ini akan memasuki pasaran tempatan. Memandangkan LG V30 sendiri masih belum memasuki pasaran Malaysia secara rasminya, maka mungkin kita anda tidak perlu meletakkan harapan tinggi untuk peranti ini memasuki pasaran tempatan secepat mungkin.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BOjli8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment