Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sudah tiba saatnya Abdul Hadi berhenti bercakap perkara di luar jangkauan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sudah tiba saatnya Abdul Hadi berhenti bercakap perkara di luar jangkauan

'Hasrat Pas tawan lima negeri mustahil'
WARTAWAN SINAR HARIAN -  23 FEBRUARI 2018
Md Shukri Shuib

SHAH ALAM - Hasrat Pas menawan lima negeri pada PRU14 secara sendirian dilihat agak mustahil.

Penganalisis politik, Md Shukri Shuib berkata, parti Islam itu disarankan terus menumpukan perhatian untuk kekal memerintah Kelantan, berbanding membayangkan matlamat merampas kembali Terengganu, dan sasaran terbaru Perlis, selain Selangor dan Kedah.

"Lebih baik Pas berusaha pertahankan Kelantan daripada ancaman BN. Kita khuatir sekiranya Presiden Pas sibuk nak tawan lima negeri itu, kemungkinan Kelantan sendiri pun akan terjejas," katanya.

Kelmarin, media milik parti Islam itu menyiarkan, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap sempena majlis pelancaran markas Dun Bukit Payong di Marang, Terengganu, berkata, Pas berusaha mempertahankan Kelantan, berusaha untuk menang lagi di Terengganu, menang di Kedah, Perlis dan Selangor.

Md Shukri berkata, sudah tiba saatnya Abdul Hadi berhenti bercakap perkara di luar jangkauan.

"Walaupun Perlis kecil tapi BN cukup kuat, begitu juga di Kedah sendiri. Rasanya sudah cukuplah untuk Abdul Hadi keluarkan kenyataan sebegitu, perkara-perkara yang boleh dianggap sebagai tidak realistik, di luar jangkauan, takut nanti akan menjadi kecewa," katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CJpNUv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.