Agenda tersembunyi UMNO disebalik cadangan undang-undang berita palsu
Pada 23 Februari 2018
oleh RoketKini
Wujud agenda jahat yang tersembunyi di sebalik cadangan kerajaan UMNO-BN untuk memperkenalkan undang-undang kononnya bagi membendung gejala berita palsu.
Ia tidak lain bertujuan untuk mempergunakan undang-undang itu sebagai ‘senjata’ baru untuk memberi tekanan dan mengganggu pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN).
Apa yang pasti Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, jentera dakyah tentera siber UMNO-BN giat melancarkan fitnah menggunakan berita dan fakta ‘palsu’ ke atas pemimpin-pemimpin HARAPAN.
Beliau merujuk kepada beberapa siri tohmahan jahat ke atas beberapa pemimpin HARAPAN yang tersebar luas di media sosial baru-baru ini.
Antaranya adalah serangan fitnah ke atas Pengerusi HARAPAN Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu kononnya makan di meja yang dihidangkan daging khinzir dalam sebuah majlis.
Muatnaik gambar yang diedit berkenaan disertai dengan status: “Nak undi Cina punya pasal sehingga sanggup makan babi. #Undi Pas
Dalam satu fitnah berlainan, Pemimpin Wanita DAP Selangor, Young Syefura Othman (Rara) turut menjadi mangsa apabila tentera siber UMNO-BN mendakwa beliau sedang memotong daging khinzir panggang.
Hakikatnya, gambar tersebut bukanlah Rara sebaliknya melibatkan Exco Selangor, Elizabeth Wong; ADUN PKR, Chua Yee Ling dan Ahli Majlis Selayang, Fok Wai Mun.
“Semua jenis pembohongan, berita palsu dan fakta yang salah ini perlu dikecam keras dan saya ingin bertanya kepada Menteri, Azalina mengenai berita palsu yang dihebahkan oleh strategis UMNO-BN ini terhadap pemimpin-pemimpin HARAPAN,” kata beliau.
Selain itu, serangan serupa turut berlaku dalam pendakwaan kes rasuah apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan skrip yang sama untuk memburukkan imej pemimpin HARAPAN.
“Sebab itu dalam bulan lalu, menteri MCA di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wee Ka Siong diberi tugas untuk mensabotaj dan memusnahkan kepercayaan awam kepada DAP dan HARAPAN melalui serangannya terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang melibatkan projek terowong bawah laut.
“Semua tindakan tidak bermoral dan tidak beretika ini merupakan legasi terhebat Datuk Seri Najib yang dibelenggu dengan gelaran kleptokrasi global akibat skandal puluhan billion 1MDB sehingga menyebabkan Malaysia berada di kedudukan tercorot selepas 23 tahun Indeks Persepsi Rasuah diperkenalkan,” katanya lagi.

✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2F5TKTW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment