Hi! Welcome Back and Stay Tune! AADK kesan 2,100 murid, pelajar terbabit dadah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AADK kesan 2,100 murid, pelajar terbabit dadah



MELAKA: Lebih 2,000 pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara, dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohammed.

Bagaimanapun, katanya, walaupun jumlah itu masih belum berada pada tahap membimbangkan, namun kerajaan tidak berputus asa serta komited menangani permasalahan serta jenayah berkaitan dadah.

"Berdasarkan statistik terkini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengenal pasti 2,100 pelajar sekolah rendah dan menengah membabitkan 178 sekolah di seluruh negara, terbabit dengan penagihan dadah.

"Jadi, wujud kebimbangan sehingga agensi terbabit (AADK) meminta Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) membantu dan melaksanakan kempen di peringkat sekolah," katanya,

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kelab Mahasiswa PEMADAM Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi, Timbalan Yang Dipertua PEMADAM, Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dan Pengerusi PEMADAM negeri, Datuk Latipah Omar.

Nur Jazlan yang juga Yang Dipertua PEMADAM, berkata penubuhan kelab berkenaan di institusi pengajian tinggi (IPT) amat diperlukan kerana golongan mahasiswa turut diberi tanggungjawab turun padang ke sekolah bagi membanteras musuh nombor satu negara itu.

"Penuntut IPT juga menjadi sasaran sindiket pengedaran dadah di negara ini, terutama bagi pasaran dadah jenis sintetik.

"Ini kerana (penuntut), mereka mempunyai kuasa beli tinggi kerana kebanyakkannya datang dari latarbelakang keluarga berada,"katanya.

Beliua berkata, bagi tujuan membanteras dan memberi kesedaran, pembabitan penuntut IPT dalam kerja sukarela seperti kelab PEMADAM amat penting, selain memberi kesedaran kepada diri sendiri mahupun rakan sebaya.-BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2szOfYR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.