Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Selangor menyerahkan bantahan di pejabat SPR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Selangor menyerahkan bantahan di pejabat SPR

Kerajaan negeri serah bantahan
NOR AZIHAN MD GHAZALI  -  15 FEBRUARI 2018
Shuhaimi (kanan) berbincang dengan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berkenaan bantahan yang dikemukakan semalam

SHAH ALAM - Kerajaan negeri membantah syor-syor yang dicadangkan bagi bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri dalam Selangor sebagaimana yang telah dikaji semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tahun 2018 bagi keseluruhan Selangor.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei yang mewakili kerajaan Selangor menyerahkan bantahan itu di pejabat SPR, dekat sini semalam.

Menurutnya, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengemukakan satu surat rasmi kepada SPR dan menekankan dua perkara yang perlu diberi perhatian oleh SPR.

“Pertamanya, kita gesa SPR kekalkan bantahan terhadap Syor-syor oleh SPR bertarikh dan diterbitkan pada 15 September 2016.

“Keduanya, kita membantah sebarang cadangan yang dikemukakan mana-mana pihak lain bagi mengembalikan Syor Pertama bertarikh 15 September 2016 dalam proses representasi Syor Kedua bertarikh 15 Januari 2018,” katanya.

Beliau berkata, bantahan kerajaan negeri terhadap Syor yang Kedua apabila terdapat banyak ketidakpatuhan terhadap Seksyen 2 (C) dan 2 (D) Jadual ke 13 Perlembagaan Persekutuan bagi bahagian-bahagian pilihanraya parlimen dan negeri di Selangor dalam status quo.

“Satu bantahan yang dikemukakan apabila Parlimen Kapar kini mempunyai 146, 317 pengundi manakala Parlimen Sabak Bernam mempunyai 37,126 pengundi.

“Ini bermakna bilangan pengundi di Kapar 3.94 kali ganda lebih besar daripada Sabak Bernam.

“Ketidakpatuhan ini tidak boleh dianggap sebagai lebih kurang sama sebagaimana yang perlu dipatuhi,” katanya.

Adun Sri Muda itu berkata, kerajaan Selangor berharap SPR mengkaji dan melihat semula bantahan-bantahan yang dikemukakan kerajaan negeri ini secara khusus.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Kerajaan Selangor untuk menangguhkan siasatan SPR tentang cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya parlimen dan dewan undangan negeri.

Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu setelah mendapati kerajaan negeri itu mengikut semua peraturan berkaitan permohonan berkenaan dan terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan itu.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GoCF4P

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.