Adam Corrie sambut Tahun Baharu Cina
BERGELAR mualaf tidak pernah menjadi halangan buat pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.
Malah, semua ahli keluarganya menerima Adam dan isterinya, Fazema Mohd Fuad dengan hati terbuka.
“Saya dan isteri masih balik ke Taiping, Perak untuk sambu Tahun Baharu Cina, setiap tahun.
“Biasanya, kita balik sehari atau dua hari awal bergantung kepada kerja,” katanya pada Sinar Harian.
Bahkan, kunjungan pasangan suami isteri ini amat dinantikan untuk memeriahkan lagi adat makan besar diraikan sehari sebelum tahun baru.
“Biasanya, saya akan ke pasar untuk beli barang dapur seperti ketam, udang dan ikan.
“Selepas itu, barulah kita akan masak bersama-sama,” katanya.
Akuinya, adat wajib ini simbol permulaan yang baik untuk tahun mendatang, selain beri peluang kepada seluruh keluarga merapatkan hubungan dan saling bertanya khabar.
“Inilah masa terbaik untuk kita saling bertanya khabar dengan semua ahli keluarga.
“Lagi pula semua sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing. Tinggal pula berjauhan. Jadi, adalah perkara biasa untuk kita habiskan masa hingga lewat pagi.
“Dalam tradisi orang Cina, orang kata anak-anak yang baik adalah siapa tidur paling lewat kerana memanjangkan usia ibu bapa,” jelasnya.
Bukan itu sahaja, pelakon filem Paloh ini juga sentiasa menantikan masakan tradisi masyarakat Tionghua yang dikenali sebagai mi suah.
Lebih istimewa, makanan seperti bihun sup itu hanya disediakan oleh ibunya, Lim Ah Hong dan dimakan pada pagi Tahun Baharu Cina.
“Mi suah biasanya dimakan bersama telur rebus dan sup ayam. Ia makanan kegemaran saya. Ia juga dikenali sebagai mi panjang umur selain menu wajib kita sekeluarga,” katanya.
Turut tidak dilupakan ialah budaya pemberian angpau atau wang dalam sampul merah serta ziarah-menziarahi sahabat dan jiran tetangga.
“Sama seperti perayaan lain, kita juga saling bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
“Kita juga akan saling bertukar-tukar angpau.
“Saya juga tak akan lupa untuk menziarahi rumah sahabat lain terutama adik angkat sempena perayaan ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Adam baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah, baru-baru ini.
The post Adam Corrie sambut Tahun Baharu Cina appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Hnm7LN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment