Hi! Welcome Back and Stay Tune! KWSP Isytihar RM48.13 Bilion Agihan Dividen untuk 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KWSP Isytihar RM48.13 Bilion Agihan Dividen untuk 2017

KUALA LUMPUR, 10 Februari 2018: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan kelulusan Menteri Kewangan, hari ini mengisytiharkan 6.90 peratus kadar dividen untuk Simpanan Konvensional 2017 dengan jumlah agihan dividen sebanyak RM44.15 bilion; dan 6.40 peratus untuk Simpanan Shariah dengan agihan dividen RM3.98 bilion.  Jumlah keseluruhan agihan dividen adalah RM48.13 bilion, naik 29.8 peratus daripada 2016.

Pengerusi Tan Sri Samsudin Osman berkata, “Kami amat sukacita dengan prestasi keseluruhan pada 2017, yang juga merupakan tahun yang penting bagi KWSP memandangkan kami kini menguruskan dua skim simpanan dan mengisytiharkan dua kadar dividen.

“Simpanan Shariah telah menunjukkan prestasi yang kukuh untuk pengisytiharan dividen yang pertama.  Ini membuktikan prestasi aset Syariah KWSP yang mapan, seterusnya memberikan berita baik kepada ahli kami yang telah bertukar kepada Simpanan Shariah.  Untuk Simpanan Konvensional, kadar 6.90 peratus merupakan kadar tertinggi pernah diumumkan semenjak 1997.”

Pengagihan dividen bagi setiap akaun diperolehi daripada jumlah pendapatan nyata selepas ditolak rosot nilai bersih ke atas aset kewangan, kerugian tidak nyata yang disebabkan oleh kadar pertukaran mata wang asing dan harga instrumen derivatif, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen atas pengeluaran.

Simpanan Shariah hanya memperoleh pendapatan mengikut bahagiannya daripada aset Syariah manakala bagi Simpanan Konvensional, sebanyak 38 peratus pendapatan diperolehi daripada aset Syariah dan 62 peratus daripada aset bukan Syariah.

Pendapatan pelaburan kasar untuk 2017 adalah RM53.14 bilion, jumlah tertinggi sejak penubuhan KWSP pada 1951.  Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM4.60 bilion diatribusikan kepada Simpanan Shariah, mengikut bahagiannya daripada jumlah keseluruhan aset Syariah, manakala RM48.54 bilion diatribusikan kepada Simpanan Konvensional. Pulangan bagi Simpanan Konvensional ditingkatkan oleh pendapatan yang diperolehi daripada pelaburan bukan Syariah berikutan peningkatan prestasi saham perbankan sedunia manakala Simpanan Shariah tidak dilaburkan dalam saham perbankan konvensional memandangkan ianya tidak patuh Syariah. Di samping itu, rosot nilai ekuiti daripada saham patuh Syariah, terutamanya daripada sektor minyak dan gas dan telekomunikasi, telah menurunkan pendapatan portfolio Syariah KWSP.

Tan Sri Samsudin berkata, “Sememangnya akan terdapat perbezaan pulangan Simpanan Shariah berbanding Simpanan Konvensional dalam jangka pendek, walau bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, prestasi kedua-dua skim ini dijangka tidak akan jauh berbeza memandangkan kedua-duanya mempunyai objektif dan strategi pelaburan yang sama.

“Sebagai sebuah dana simpanan persaraan, objektif kami adalah untuk melindungi dan menambah nilai simpanan persaraan ahli kami dan ini boleh dinilai dari kadar dividen yang diisytiharkan berbanding kadar inflasi Malaysia. Untuk 2017, kadar dividen yang diisytiharkan untuk Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional masing-masing adalah 2.61 peratus dan 3.11 peratus melebihi kadar inflasi sebanyak 3.79 peratus.  Sepanjang tiga tahun lepas, KWSP telah mengisytiharkan kadar dividen melebihi sasaran dua (2) peratus dividen sebenar masing-masing sebanyak 3.51 peratus dan 3.67 peratus bagi purata bergerak tiga tahun.”

Menyentuh tentang jumlah pengagihan dividen 2017 sebanyak RM48.13 bilion, Tan Sri Samsudin berkata jumlah yang perlu diagihkan untuk setiap satu (1) peratus kadar dividen adalah RM7.02 bilion, selaras dengan pertumbuhan tahunan baki simpanan ahli sebanyak 10.98 peratus sejak 1990.  Setakat 31 Disember 2017, jumlah simpanan ahli adalah RM768.51 bilion, yang mana RM67.76 bilion adalah di bawah Simpanan Shariah dan RM700.75 bilion di bawah Simpanan Konvensional.

“Ini merupakan cabaran yang perlu dihadapi dalam menguruskan dana yang besar seperti KWSP bagi menjana pulangan pelaburan yang konsisten dan mampan untuk jangka panjang.  Ini juga merupakan tujuan pendiversifikasian ke luar negara memandangkan peningkatan nilai aset global telah memberi peluang kepada kami untuk mengaut keuntungan daripada pasaran dan kelas aset yang berbeza,” kata Tan Sri Samsudin.

Jumlah pendapatan pelaburan kasar untuk 2017 sebanyak RM53.14 billion, naik 14.13 peratus dari RM46.56 bilion pada 2016.  Jumlah ini telah meningkat sebanyak 11.90 peratus setahun sejak 2007 dan bersamaan dengan 7.30 peratus pulangan atas pelaburan (ROI).

Tan Sri Samsudin berkata pelaburan KWSP telah memberikan ROI tahunan tiga tahun sebanyak 7.30 peratus dan ini merupakan suatu pencapaian yang membanggakan memandangkan KWSP adalah sebuah dana seimbang dengan pendedahan sebanyak 50 peratus terhadap instrumen pendapatan tetap.

“Di samping itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan KWSP atas pencapaian cemerlang ini, dalam memastikan pertumbuhan aset kekal sihat dan selaras dengan visi KWSP untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik dan agar simpanan serta kepentingan mereka terus dijaga.”

Pengkreditan Dividen 2017 akan dilaksanakan pada hari Ahad, 11 Februari 2018 dan ahli boleh mendapat maklumat terkini melalui laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau aplikasi mudah alih i-Akaun. Aplikasi i-Akaun ini boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store.

Ahli yang ingin menukar ke Simpanan Shariah 2019 boleh mendaftar sebelum 24 Disember 2018.

Rujuk Apendiks 1 untuk maklumat mengenai prestasi kelas aset dan dividen serta senarai pengurus dana luaran yang memahami tentang portfolio pelaburan KWSP.

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan dana persaraan terulung Malaysia yang ditubuhkan untuk membantu ahli mencapai simpanan yang cukup untuk persaraan yang selesa.  Ini selaras dengan visi KWSP untuk membantu ahli mencapai masa depan yang baik serta misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. KWSP telah berkembang daripada sebuah organisasi berpaksikan transaksi kepada sebuah organisasi pengurusan dana professional dengan tumpuan terhadap jaminan persaraan. KWSP berpandukan rangka kerja tadbir urus yang mantap dan profesional dalam membuat keputusan pelaburan. Ia terus memainkan peranan sebagai pemangkin dalam pertumbuhan ekonomi negara dan bertujuan untuk memupuk budaya menabung dan melabur di kalangan ahli untuk meningkatkan tahap celik kewangan di peringkat negara.

 

APPENDIKS 1

 

1.     PRESTASI KELAS ASET KWSP SETAKAT 31 DISEMBER 2017

 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyaksikan keadaan pasaran global dan domestik yang semakin baik dalam 2017.  Peningkatan kadar faedah sebanyak dua kali oleh Amerika Syarikat dan jangkaan reformasi cukai di Amerika Syarikat telah memacu peningkatan indeks pasaran global, di mana ia mencerminkan jangkaan yang positif di kalangan pelabur terhadap ekonomi dan keuntungan korporat.  Faktor lain yang turut memainkan peranan termasuklah kenaikan harga minyak dan pengukuhan nilai Ringgit.

Sepanjang tahun laporan, Ekuiti, yang merangkumi 42.23 peratus daripada jumlah aset pelaburan, kekal sebagai penyumbang utama pendapatan sebanyak RM31.47 billion, mewakili 59.23 peratus daripada jumlah pendapatan. Pendapatan yang tinggi ini didorong oleh peningkatan harga pasaran ekuiti tersenarai global khususnya pasaran negara maju seperti Amerika Syarikat dan Asia Utara. Saham bukan Syariah terutamanya perbankan konvensional, merekodkan pulangan yang lebih tinggi disebabkan prestasi yang baik oleh majoriti bank di pasaran global dan domestik.

Sebaliknya, peningkatan jumlah rosot nilai ekuiti tersenarai daripada saham-saham yang patuh Syariah, terutamanya kaunter Minyak dan Gas serta Telekomunikasi, telah menurunkan pendapatan portfolio tersebut. Pengiktirafan rosot nilai adalah selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) 139 yang telah diterima pakai sejak tahun 2010.

Portfolio Ekuiti KWSP telah menyumbang kadar pulangan pelaburan (ROI) tahunan bagi tempoh satu, tiga dan lima tahun masing-masing sebanyak 11.46, 10.90, dan 11.06 peratus. Ini merupakan lebihan mata asas masing-masing sebanyak 6.77, 5.90, dan 6.15 peratus melebihi kelas aset yang lain. Ini adalah antara faktor utama yang membolehkan KWSP mengekalkan pulangan lebih tinggi berbanding kadar inflasi negara dan memberikan pulangan lebih tinggi dari kadar faedah instrumen pendapatan tetap.

Pelaburan KWSP dalam instrumen pendapatan tetap yang merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia & Bon Sama Taraf serta Pinjaman & Bon secara keseluruhannya menyumbang 32.84 peratus, atau RM17.45 bilion, daripada RM53.14 bilion pendapatan pelaburan untuk tahun yang dikaji.  Hartanah & Infrastruktur menyumbang RM2.97 bilion kepada pendapatan pelaburan 2017 dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 19.62 peratus berbanding 2016; manakala Instrumen Pasaran Wang menyumbang RM1.24 bilion dalam tahun tersebut.

Sementara itu, KWSP kekal berhemah dalam perbelanjaan seperti yang dicerminkan oleh nisbah kewangan utamanya yang konsisten, termasuk kos kepada aset di bawah pengurusan sebanyak 0.26 peratus (2016: 0.25 peratus), kos kepada pendapatan kasar pada 2.53 peratus (2016: 2.56 peratus) dan kos kepada jumlah aset pada 0.17 peratus (2016: 0.16 peratus).

Pelaburan luar negara KWSP yang kini merangkumi lebih kurang 28 peratus dari jumlah aset pelaburan setakat 31 Disember 2017, menyumbang lebih kurang 41.45 peratus kepada pendapatan pelaburan kasar KWSP untuk tahun tersebut, seterusnya menambah nilai keseluruhan portfolio pelaburan KWSP sebanyak 1.22 peratus.

Pendiversifikasian dalam aset global merentasi pelbagai negara dan mata wang membolehkan KWSP untuk mengaut keuntungan yang tinggi dari pelbagai pasaran dan kelas aset, seterusnya membantu meningkatkan prestasi secara menyeluruh.  Portfolio luar negara KWSP telah merekodkan ROI tahunan bagi tempoh satu, tiga dan lima tahun masing-masing sebanyak 10.83, 11.14 dan 10.43 peratus.

 

2.     CARTA PRESTASI DIVIDEN KWSP

CARTA 1: KADAR DIVIDEN NOMINAL, KADAR FAEDAH BAGI SIMPANAN TETAP 12 BULAN DAN PULANGAN PASARAN SKM 5 TAHUN

CARTA 2: DIVIDEN NOMINAL, DIVIDEN SEBENAR, PURATA TIGA TAHUN DIVIDEN SEBENAR & INFLASI

CARTA 3: AMAUN DIPERLUKAN UNTUK MEMBAYAR 1% KADAR DIVIDEN (RM JUTA)

                    

JADUAL 1: KADAR DIVIDEN & JUMLAH PENGAGIHAN (2000-2017)

Tahun

Kadar Dividen

Jumlah Agihan

(%)

RM juta

2000

6.00

9,748

2001

5.00

8,374

2002

4.25

7,742

2003

4.50

8,963

2004

4.75

10,286

2005

5.00

11,876

2006

5.15

13,424

2007

5.80

16,787

2008

4.50

14,288

2009

5.65

19,372

2010

5.80

21,610

2011

6.00

24,466

2012

6.15

27,451

2013

6.35

31,200

2014

6.75

36,656

2015

6.40

38,243

2016

5.70

37,076

SK 2017

6.90

44,151

SS 2017

6.40

3,979

 

 

 

Nota untuk Pengarang,

Berikut merupakan senarai pengurus dana luaran dan broker yang memahami tentang portfolio pelaburan KWSP untuk rujukan wartawan sekiranya ingin mendapatkan maklum balas atau ulasan pasaran.

 

PENGURUS DANA LUARAN

 

NAME

COMPANY

PHONE NO.

EMAIL

Mr Gerald Ambrose

Chief Executive Officer

Aberdeen Islamic Asset Management Sdn. Bhd.

012-3029536

gerald.ambrose@aberdeen-asset.com

Pn Munirah Khairuddin

Chief Executive Officer

CIMB Principal Asset Management Sdn. Bhd.

017-3305691

munirah.khairuddin@cimb.com

Mr Teng Chee Wai

Managing Director

Affin Hwang Asset Management Berhad

019-3173976

cheewai.teng@affinhwangam.com

Pn Sharizad Juma'at

Principal Officer

RHB Islamic International Asset Management Berhad

012-2836973

sharizat.jumaat@rhbgroup.com

 

 

BROKER

 

NAME

COMPANY

PHONE NO.

EMAIL

Mr Stephen Hagger

Country Head, Malaysia

Credit Suisse Sec. (M)
Sdn. Bhd.

03-27232088

stephen.hagger@credit-suisse.com

En Nik Hadi Nik Mahmood

Head of Equities, Malaysia

Macquarie Capital Securities (M) Sdn. Bhd.

03-20598897
012-3397529

nik.hadi@macquarie.com

YM Tengku Dato’ Zafrul Aziz Tengku Abdul Aziz

Group CEO

CIMB Investment Bank Berhad

03-22618664

zafrul.aziz@cimb.com

Datuk Abdul Farid Alias

Group President and CEO

Maybank Investment Bank Berhad

03-20747788

afarid.a@maybank.com.my

Dr Arup Raha

Chief Economist and Head of Research

RHB Banking Group

017-8523315

arup.raha@rhbgroup.com

 

 



✍ Sumber Pautan : ☕ KWSP: Terkini di KWSP

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2o66cZq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.