PPBM, Amanah ketuai saingan PH tawan kerusi Melayu di Melaka
PETALING JAYA: PPBM dan Amanah berdepan tekanan untuk menawan kerusi majoriti Melayu di Melaka untuk Pakatan Harapan (PH).
Prestasi Pakatan Rakyat, yang tidak wujud lagi, tidak baik di Melaka negeri itu pada pilihan raya umum lepas, tetapi PH percaya mampu melakukan lebih baik pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kerana mereka kini boleh bergantung kepada parti serpihan Umno dan PAS itu untuk menang di kubu kuat Barisan Nasional, yang kebanyakannya kawasan majoriti Melayu.
Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, baru-baru ini memberitahu FMT, PH sedar PPBM dan Amanah yang masih baharu mungkin berdepan tentangan, tetapi ia dapat diatasi dengan bantuan jentera pilihan raya PKR dan DAP.
Beliau mendakwa PPBM dan Amanah setakat ini diterima baik pengundi di kawasan yang dimenangi BN pada 2013.
Katanya, kedua-dua parti itu akan memfokuskan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai lebih 70% pengundi Melayu.
“PKR dan DAP akan bantu mereka dengan program dan jentera pilihan raya.”
Katanya, PH beroperasi dengan peraturan asas iaitu PKR dan DAP akan mempertahankan kerusi dimenangi mereka pada 2013 melainkan terdapat persetujuan menukar kerusi.
Pada 2013, BN menawan Melaka dengan majoriti 2/3, memenangi 21 kerusi DUN, kurang 2 daripada jumlah kerusi dimenangi pada 2008. DAP memenangi 6 kerusi DUN dan PAS yang dahulunya sebahagian gabungan pembangkang, hanya memenangi 1 kerusi DUN.
Bagaimanapun, DAP kehilangan 3 kerusi DUN tahun lepas, apabila Adun Duyong, Bachang dan Kesidang keluar parti dan memilih menjadi calon bebas, diikuti Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him.
Sim berkata, beliau dan 3 adun lain kecewa dengan pemimpin DAP dan mendakwa mereka menyimpang daripada objektif asal parti.
Shamsul mendakwa tindakan 4 wakil rakyat itu meninggalkan DAP tidak akan menjejaskan sokongan pengundi kepada PH.
Katanya, PH sudah menjalankan tinjauan melibatkan 5,000 pengundi dan mendapati ada sokongan cukup besar untuk pembangkang di Melaka.
“Respons yang kami dapat menjangkaui jangkaan kami. Secara umumnya, saya melihat ada harapan baharu di Melaka.”
Pada 2013, Shamsul memenangi Bukit Katil dengan majoriti 5,733 undi, mengalahkan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam dalam pertarungan dramatik.
Bagaimanapun, Pakatan Rakyat kalah di Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu dan Jasin dengan perbezaan besar.
Shamsul berkata, PKR tidak akan bertanding di Jasin kali ini dan menyerahkannya kepada Amanah.
“Keputusan sudah dibuat, dan kini kita perlu meyakinkan semua ahli di lapangan untuk bekerjasama dengan Amanah untuk memenangi kerusi itu bagi PH,” katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nYuxkD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment