Hi! Welcome Back and Stay Tune! Di mana Hadi.......tidakkah kenyataan ini melawan arus atau hanya gimik? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Di mana Hadi.......tidakkah kenyataan ini melawan arus atau hanya gimik?

Umno talam dua muka benarkan diplomat Israel masuk, kata PAS
Amin Iskandar · Diterbitkan pada 15 Feb 2018 11:48AM
Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah kesal dengan tindakan Putrajaya membenarkan diplomat Israel masuk ke Malaysia dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi membantahnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Februari, 2018

PAS menyelar tindakan Putrajaya membenarkan diplomat Israel masuk ke Malaysia pada persidangan World Urban Forum (WUF) yang berlangsung dari 7 Februari dan berakhir kelmarin. 

Naib Presiden PAS, Mohamad Amar Nik Abdullah berkata parti Islam itu akan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi membantah tindakan Putrajaya itu dalam masa terdekat.

“Inilah sikap talam dua muka Umno,”   kata Mohamad Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan itu kepada The Malaysian Insight.

Baru-baru ini The Times of Israel melaporkan Kementerian Luar negara itu mengesahkan kunjungan diplomat terbabit ke Kuala Lumpur.

Jurucakap Kementerian Luar Israel Emmanuel Nahshon berkata diplomat negara itu menghadiri satu persidangan WUF yang berlangsung selama seminggu di Kuala Lumpur.

Menurut laporan itu, delegasi dari negara berkenaan diketuai Timbalan Duta Israel ke PBB, David Roet dan mereka menyertai persidangan Program Petempatan Manusia PBB, atau dikenali sebagai UN-Habitat.

Malaysia tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara sejak ditubuhkan pada 1948 dan sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Sebelum ini beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempersoalkan tindakan Putrajaya membenarkan kemasukan beberapa diplomat Israel pada persidangan WUF.

Hubungan Umno dan PAS semakin baik selepas parti Islam itu tidak menyertai Pakatan Harapan (PH) selepas Pakatan Rakyat (PR) berpecah pada 2015.

Disember lalu, Umno menganjurkan Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis di Putrajaya yang turut dihadiri pemimpin PAS.

Perhimpunan itu dimulakan dengan forum khas sebelum solat Jumaat melibatkan Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar H. Al Agha. – 15 Februari, 2018.

* Pada aku, kalau bukan suara Hadi susah sikit nak pakai


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2F7zMpr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.