Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bibir kanak-kanak melecur, ibu tiri paksa minum air mendidih - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bibir kanak-kanak melecur, ibu tiri paksa minum air mendidih

kanak_bibir_melucur_600
SEREMBAN: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai hari ini mengesahkan menerima laporan kes seorang murid sekolah di Lenggeng, yang melecur pada bibir selepas dipercayai dipaksa minum air panas oleh ibu tirinya.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Zaldino Zaludin berkata pihaknya menerima laporan berkenaan Sabtu lalu daripada IPD Dang Wangi dan kes masih dalam siasatan awal.

“Kita akan minta laporan perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes.
“Dakwaan ibu mangsa yang mengatakan tiada tindakan susulan dibuat kerana pegawai penyiasat di IPD Nilai menganggap perkara ini adalah masalah rumah tangga berdasarkan laporan yang pernah dibuat sebelum ini, adalah tidak benar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata setiap kes yang dilaporkan kepada pihaknya akan disiasat seadilnya.

Media hari ini melaporkan seorang kanak-kanak berumur 7 tahun menderita akibat melecur pada bibir selepas dipercayai dipaksa minum air panas yang masih menggelegak oleh ibu tirinya.

Kejadian berlaku Isnin lalu iaitu sehari selepas ibu kandungnya menghantar mangsa yang juga anak bongsu daripada 4 beradik pulang ke rumah bekas suaminya di Lenggeng
FMT

✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CgmDY7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.