Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Baju Kahwin Dikritik Seperti Ketinggalan Zaman’, Ini Komen Balas Yuna.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Baju Kahwin Dikritik Seperti Ketinggalan Zaman’, Ini Komen Balas Yuna..



Penyanyi Yuna menegur sebuah akaun Instagram yang mengkritik pakaian pada majlis perkahwinannya yang direka oleh pereka fesyen Hatta Dolmat.

Yuna atau Yunalis Zarai, 32, menganggap pemilik akaun itu tidak berhak memberi ulasan negatif terhadap baju berkenaan.


"Apa sebenarnya yang anda lakukan? adakah anda seorang pereka fesyen? Anda gunakan gambar pada majlis perkahwinan saya dan beri ulasan yang buruk terhadap kerja keras orang lain.


"Adakah anda lihat bagaimana Hatta tidak tidur dan mendedikasikan masanya untuk menyiapkan baju saya dan anda mendedikasi masa anda untuk membuat ulasan sebegini?" tulisnya.

Yuna meninggalkan komen tersebut di akaun I_Knowfashion yang mengkritik baju digayakan penyanyi lagu Dan Sebenarnya itu sebagai ketinggalan zaman.


Akaun instagram mengkriti baju kahwin Yuna.

Menurut akaun itu, pereka fesyen itu seharusnya mereka baju yang lebih terkini dan boleh menjadi ikutan masyarakat.

Sementara itu, Yuna turut mencabar pemilik akaun itu mendedahkan identiti dan pemakaiannya supaya boleh dinilai oleh orang lain.

"Tolong muat naik satu lakaran tentang fesyen anda atau sesuatu yang anda pakai agar kami boleh lihat sejauh mana anda tahu tentang fesyen.

"Saya harap anda bangun tidur esok pagi menggunakan minat anda dalam fesyen kepada sesuatu yang positif yang boleh dikongsikan kepada dunia," ujarnya.

Dalam pada itu, komen Yuna telah mendapat pelbagai reaksi netizen.


Segelintir netizen menganggap kritikan terhadap baju berkenaan bukanlah satu penghinaan, sebaliknya sebagai panduan kepada pereka fesyen itu untuk menghasilkan sesuatu rekaan yang lebih baik pada masa depan.

Yuna sah bergelar isteri kepada Adam Yousof pada 26 Januari lalu di Puncak Rimba, Bentong yang berlatarbelakangkan pergunungan kira-kira pukul 7 malam dengan sekali lafaz.




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ofsbgs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.