Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Jangan Bagi Suami Peluk Perempuan Lain" - Nasihat Abby Abadi.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Jangan Bagi Suami Peluk Perempuan Lain" - Nasihat Abby Abadi..



Pelakon Abby Abadi tidak setuju jika lelaki yang sudah berkahwin diberi peluang untuk dilayan wanita lain biarpun sekadar dalam lakonan atau nyanyian.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 41,menerusi Instagram berkata, ia seperti membuka ruang kepada syaitan untuk mendorong manusia kepada perbuatan menjurus perlakuan maksiat.


"Suami kita hak eksklusif kita, segalanya halal, jangan bagi perempuan lain pegang suami kita, jangan bagi suami peluk perempuan lain, jangan bagi suami dukung perempuan lain.

"Jangan bagi perempuan lain pakaikan baju, makeup suami kita. Jangan jangan jangan itu 'mengundang' namanya. Walaupun sekadar lakonan atau sewaktu persembahan nyanyian atau waktu bekerja. Syaitan tetap suka," tulisnya.

Pendapat Abby dapat reaksi positif netizen yang rata-rata bersetuju.

Foto tersebut menerima lebih 10,000 tanda suka (like) dan reaksi positif pengikut yang rata-rata bersetuju dengan pendapat pelakon Gerak Khas ini.

Netizen turut beranggapan, Abby layak untuk memberi nasihat tersebut berdasarkan pengalaman yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Terdahulu Abby pernah berkahwin dengan aktor, Norman Hakim, bagaimanapun bercerai pada 2008 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim yang berusia 10 tahun.


Bekas anggota kumpulan Elite itu kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.

Abby kemudiannya berkahwin dengan Muhammad Faizal pada 2015.

Manakala Norman pula berkahwin dengan Memey pada 24 September 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwishz Hakim, 4, dan Muhammad Dirkhriz Hakim yang kini berusia dua tahun.



Abby turut memberi pendapatnya tentang drama adaptasi novel.

Sementara itu, pada satu posting lain Abby ditanya tentang sama ada seorang penulis novel yang diadaptasi kepada drama turut menerima saham dosa jika pelakon yang melakonkan drama itu berpakaian seksi dengan babak sebagai suami isteri.

Abby menjawab, ia saling berkait kerana idea asal adalah daripada penulis berkenaan.

Sumber Teks: mStar Online




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ofJz4W

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.