Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja campak kon dari tingkat atas bangunan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja campak kon dari tingkat atas bangunan

Polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung tindakan liar remaja lelaki sengaja mencampak kon dari tingkat atas sebuah bangunan kediaman yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung video kejadian itu.

“Setakat ini, belum ada laporan diterima berhubung kejadian itu (mencampakkan kon dari tingkat atas kediaman),” katanya ketika dihubungi wartawan, semalam.

Dalam rakaman video dipercayai dimuat turun di Instagram Stories (IG Stories) itu, seorang remaja lelaki dilihat mengangkat kon sambil ketawa sebelum mencampaknya ke tingkat bawah dalam video berdurasi 50 saat berkenaan.

Rakaman video itu mula tular di media sosial termasuk Facebook selepas dikongsi netizen yang mempertikaikan tindakan nakal remaja lelaki terbabit.

Dalam perkembangan berasingan, Rusdi memaklumkan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes seorang remaja perempuan maut selepas dihempap kerusi dicampak dari tingkat atas di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam di sini, 15 Januari lalu.

“Laporan DNA berhubung kejadian berkenaan masih belum diterima dan tiada perkembangan terbaru diperolehi sehingga kini,” katanya.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, S Sathiwaran yang juga pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya disahkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala akibat hentaman kerusi berkenaan.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Remaja campak kon dari tingkat atas bangunan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EyNAbt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.