Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kampus sukan diwujudkan di Kelantan - Annuar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kampus sukan diwujudkan di Kelantan - Annuar

KOTA BHARU: Sebuah kampus khusus untuk pembangunan sukan bola sepak akan diwujudkan di Kelantan .

Usaha itu bakal dilaksanakan Syarikat Al Hamra Group dan Red One Sdn Bhd, kata Presidennya Tan Sri Annuar Musa.

"Kampus ini dijangka akan dibina di Parlimen Ketereh selepas proses pembelian tapak dilakukan. Ia akan dilengkapi prasarana sukan yang lebih sempurna dan dijadikan pusat latihan sukan bola sepak remaja selepas tamat latihan di peringkat sekolah," kata beliau.

Pembinaan kampus itu adalah bagi memastikan pengurusan sukan bola sepak di negeri ini lebih sistematik dalam menghasilkan bakat-bakat baharu, katanya kepada pemberita di Majlis Pelancaran Tan Sri Annuar Musa Al Hamra Red One Academy (TSAM ARMY) di sini, hari ini.

Majlis yang dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad itu turut dihadiri Pengarah Pendidikan Kelantan Muhammad Zahari Othman.

Seramai 500 pelajar telah dipilih menyertai TSAM ARMY dalam sesi pemilihan baru-baru ini dan kini menjalani latihan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chengal dan SMK Kadok di sini.

Dalam pada itu, Annuar berkata pelatih TSAM ARMY akan dilatih menggunakan pendekatan kurikulum gabungan daripada akademi sukan di Jepun dan Croatia.

Beliau berkata pihaknya juga akan mewujudkan satu pasukan jurulatih dari negeri ini menggunakan khidmat dan kepakaran dari negara tersebut bagi melatih kelompok perintis berkenaan.

Sementara itu, Alias berkata kementerian menyambut baik usaha tersebut memandangkan bidang akademik bukan satu-satunya faktor yang menyumbang kepada kemenjadian pelajar.

-- BERNAMA



Sumber Kampus sukan diwujudkan di Kelantan - Annuar

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FcCABA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.