Pengemis kantoi dah jutawan hasil sedekah orang ramai, Polis temui RM3 juta dalam poket
Kehidupan sebagai pengemis mungkin dipandang hina kerana sering mengharapkan simpati orang ramai dan hidup diibaratkan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Bagaimanapun, seorang pengemis di Sweden membuktikan dengan hanya meminta wang daripada orang ramai ‘kerjaya’ itu boleh menjadikan dirinya kaya raya hingga bergelar jutawan.
Kisah pengemis itu terbongkar selepas dia ditahan polis ketika mendesak orang ramai memberinya wang di luar stesen kereta api Resecentrum di Uppsala.
Namun, ketika beberapa anggota polis menyoal siasat lelaki itu beberapa helai wang kertas didapati terjatuh dari poket bajunya.
“Polis yang curiga dengan lelaki itu terus membuat pemeriksaan dan terkejut apabila menemui sejumlah besar wang tunai di dalam poket dan baju pengemis berkenaan.
“Kami mengambil masa lebih sehari untuk mengira wang berkenaan yang berjumlah hampir 6 juta krona (RM3 juta),” katanya.
Menurutnya, polis masih menyiasat sama ada wang itu diperoleh lelaki berkenaan daripada hasil meminta sedekah atau dia baru memenangi loteri.
“Saya belum pernah melihat wang sebanyak ini dalam situasi seperti itu. Terlalu banyak bungkusan duit.
“Sesiapa yang membawa wang tunai sebanyak itu akan dijadikan suspek jenayah,” jelasnya.
Menurutnya, lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu kini ditahan mengikut akta pengubahan wang haram yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun jika didapati bersalah.
Sumber: Harian Metro
Sumber Pengemis kantoi dah jutawan hasil sedekah orang ramai, Polis temui RM3 juta dalam poket
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FaSL2j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment