Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kebakaran Di Cawangan KWSP Petaling Jaya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kebakaran Di Cawangan KWSP Petaling Jaya

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa cawangan dan pejabat Petaling Jaya telah ditutup buat sementara waktu sehingga diumumkan kelak berikutan kejadian kebakaran di bangunan tersebut.

Pasukan Pengurusan Krisis Cawangan sedang bekerja dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang akan memastikan kebakaran tidak merebak ke tingkat lain atau kawasan sekitar.  Memandangkan keselamatan pelanggan dan kakitangan adalah keutamaan kami, pengungsian bangunan telah dilakukan dan pejabat dan perkhidmatan kaunter ditutup.

Kami ingin memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas.  Kami akan sentiasa memantau situasi dan akan memaklumkan sebarang perkembangan setelah operasi cawangan dibuka semula.

Ahli dan majikan yang ingin menjalankan sebarang transaksi dengan KWSP dinasihatkan untuk menghubungi atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat yang terletak di ibu pejabat KWSP Jalan Raja Laut.  Selain itu, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan melalui lamanweb myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my.

Dikeluarkan oleh
 
Jabatan Hal Ehwal Korporat
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tarikh: 13 Februari 2018
 

 



✍ Sumber Pautan : ☕ KWSP: Terkini di KWSP

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ByLsln

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.