Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Jangan sampai saya hilang sabar. Saya tak kacau hidup korang pun kenapa menghina saya melampau-lampau?” – Aliff Syukri bengang lakonan dalam filem Badang dikritik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Jangan sampai saya hilang sabar. Saya tak kacau hidup korang pun kenapa menghina saya melampau-lampau?” – Aliff Syukri bengang lakonan dalam filem Badang dikritik

AHLI perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman terkilan apabila menerima kritikan hebat daripada netizen mengenai lakonannya dalam filem Badang yang baharu sahaja ditayangkan di pawagam pada Khamis lalu.

Lebih mengecewakan kata Aliff, hentaman yang diterimanya adalah daripada mereka yang langsung tidak menonton filem tersebut dan ia adalah tidak adil buat dirinya.

“Jangan sampai saya hilang sabar. Saya tak kacau hidup korang pun kenapa menghina saya melampau-lampau?

“Kalau tak suka tak payah follow, hargai bakat saya bukannya kecam saya.

“Yang tidak menonton lagi tapi mengutuk tu memang tak boleh nak buat apa sebab memang kategori kaki kecam,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Aliff berkata, dia bukannya tidak boleh ditegur malah terbuka terhadap kritikan terhadap lakonan pertamanya itu.

Bagaimanapun katanya, dia tetap bersyukur kerana masih ada yang menggemari filem tersebut dengan pergi menonton di pawagam dan memberikan maklum balas positif kepadanya.

“Alhamdulillah walaupun ramai tak suka ada juga yang dah tengok dan sokong. Terima kasih kepada yang menonton.

“Pujian atau kecaman saya terima dengan hati terbuka,” katanya.

Badang adalah arahan Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen itu turut menampilkan pelakon seperti Fasha Sandha Fauzi Nawawi dan Fareez Fauzi.

Sumber: Mstar



Sumber “Jangan sampai saya hilang sabar. Saya tak kacau hidup korang pun kenapa menghina saya melampau-lampau?” – Aliff Syukri bengang lakonan dalam filem Badang dikritik

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FaF2ss

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.