Hi! Welcome Back and Stay Tune! Misi tamat kemarau pingat emas Sukan Komanwel - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Misi tamat kemarau pingat emas Sukan Komanwel

KUALA LUMPUR: Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) menaruh harapan tinggi kepada skuad negara untuk menamatkan kemarau pingat emas pada Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, dari 4 hingga 15 April ini.

Presidennya, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail berkata 10 pemain yang menggalas cabaran negara di Gold Coast kali ini terdiri daripada pemain berpengalaman dan berada dalam prestasi terbaik untuk menyumbang pingat emas kepada kontinjen negara.

"Sasaran kami sekurang-kurangnya satu pingat emas. Barisan pemain yang dipilih telah didedahkan dengan pelbagai kejohanan peringkat antarabangsa. Dua minggu lepas, mereka telah mengadakan siri perlawanan ujian dengan Australia dan India di Brisbane.

"Mereka akan bertolak awal ke Australia pada Isnin ini dan terus berada di sana untuk meneruskan latihan dan menyertai beberapa kejohanan sebagai persiapan menghadapi Sukan Komanwel nanti. Paling penting mereka perlu mendapatkan rentak permainan yang lebih kompetetif," katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Wan Nawawi mengumumkan nama atlet negara ke Sukan Komanwel iaitu Muhammad Hizlee Abdul Rais, Fairul Izwan Abd Muin, Mohammad Soufi Rusli, Zulhilmie Redzuan, Mohammad Syamil Syazwan Syazwan Ramli, Siti Zalina Ahmad, Emma Firyana Saroji, Nur Fidrah Noh, Azlina Arshad dan Auni Fathiah Kamis.

"Saya melihat pasukan yang terpilih pada tahun ini berpotensi meraih pingat emas dalam acara single wanita ataupun triples lelaki," katanya.

Skuad negara menyumbang dua pingat perak menerusi Muhammad Hizlee Abdul Rais, Fairul Izwan Abd Muin dalam acara pairs lelaki (men's pair) dan Emma Firyana Saroji, Nur Fidrah Noh, Nor Hashimah Ismail, Azlina Arshad bagi acara four wanita (women's four) pada edisi 2014 di Scotland.

Malaysia pernah meraih pingat emas menerusi Siti Zalina Ahmad bagi acara single wanita pada 2002 di England dan 2006 di Melbourne, Australia dan gandingan Azlina Arshad, Nor Hashimah Ismail, Nor Iryani Azmi dalam acara wanita triples pada edisi 2006.

-- BERNAMA



Sumber Misi tamat kemarau pingat emas Sukan Komanwel

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EC7jqY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.