Hi! Welcome Back and Stay Tune! Arab Saudi berdepan dakwaan serangan 11 September - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Arab Saudi berdepan dakwaan serangan 11 September



NEW YORK: Seorang Hakim Amerika Syarikat (AS) menolak permohonan Arab Saudi untuk menggugurkan tindakan mahkamah mendakwa ia membantu merancang serangan 11 September 2001 dan perlu membayar pampasan berbilion dolar kepada mangsa.

Hakim Daerah AS, George Daniels berkata tuduhan plaintif itu 'berdasarkan asas yang wajar' untuknya menggunakan undang-undang persekutuan 2016, Akta Keadilan Menentang Keganasan (JASTA) ke atas Arab Saudi.

Kerajaan Arab Saudi sekian lama menafikan terbabit dalam serangan terancang menggunakan pesawat yang dirampas sebelum terhempas di Pusat Dagangan Dunia New York, Pentagon di luar Washington D.C dan sebuah padang berhampiran Pennsylvania. Hampir 3,000 orang terbunuh.

Setakat ini, barisan peguam Arab Saudi masih belum memberi maklum balas sejak keputusan itu diumumkan.

Keputusan Daniels meliputi tuntutan oleh keluarga mereka yang terbunuh, kira-kira 25,000 orang yang mengalami kecederaan, sejumlah perniagaan serta penanggung insurans.

Hakim turut menolak dakwaan bahawa dua bank Arab Saudi, National Commercial Bank dan Al Rajhi Bank, dan Binladin Group, sebuah syarikat pembinaan yang dikendalikan oleh keluarga bin Laden, menyediakan dana dan perkhidmatan kewangan untuk serangan itu. - Reuters


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GJ4sAR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.